`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 9, 2022

Siri Memperbodohkan Tuan-Tuan : Monopoli Berlesen R_ _ D, Depa Orang Kaya Sama Depa Juga. Tuan-Tuan Haprak Bayar Saja. Apa Lagi Tuan-Tuan Mau?

 Secara jelas syarikat S----- telah mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Makaysia.

 
KESIMPULAN:
  • Tuan-Tuan, apa lagi Tuan-Tuan Mau?
  • Tuan-Tuan sudah kena kencing dan diperbodohkan sekali lagi. 
  • Tuan-Tuan boleh buat apa? Tuan-Tuan tak boleh buat apa pun. 
  • Tuan-Tuan boleh tutup mulut, duduk diam dan bayar saja. 
Inilah konsep Ketuanan Melayu. Dan ini juga Dasar Ekonomi Baru. Dan ini juga perjuangan agama, bangsa dan entah kepala hotak apa lagi oleh mereka.
 
Apa itu Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu ialah satu konsep mencuri duit rakyat di mana Melayu kaya raya yang paling sikit yang anggap diri mereka 'Tuan' boleh telan duit rakyat marhaen menerusi lesen monopoli, projek monopoli, konsesi monopoli dan banyak jenis monopoli. 
 
Sila baca laporan berikut dulu:








Rupanya ini orang dibelakang R--D, patutlah..

Netizen bongkar siapa di belakang R--D yang gagal. 

  • Setelah berlaku kekecohan di Plaza Tol apabila TAG di hapuskan dan di ganti dengam R--D, ramai yang bertanya siapakah di belakang R--D.
  • R--D sambutan tak berapa walaupun pada mulanya di beri secara percuma. 
  • Banyak sebab kenapa ramai mengekalkan TAG 
  • antara penyebab selalu sangkut dan pelekat mudah rosak
Tiba tiba secara mengejut pada tahun lepas tindakan drastik untuk di tukar 
hari pertama berlaku huru hara.
Netizen bongkar siapa di belakang R--D yang gagal… 
  • Sistem R--D terbahagi kepada Hardware, software, E-wallet
  • Hardware & Software bermasalah di bekalkan oleh syarikat S.... 
  • Julai 2021 kejutan di Bursa apabila saham syarikat S.. melonjak 50% 
  • 9.5 sen ke 12 sen dengan dagangan 84 juta saham
  • pada hari itu S---l N--- M--- Y----f, menantu Z---d H----i di lantik Pengarah
  • syarikat ini juga dapat projek dari Digital (D) utk 5G
  • syarikat S--- di pilih satu satunya syarikat untuk e-wallet

Secara jelas syarikat S----- telah mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Makaysia.

Dalam masa yang sama jutawan hartanah C----y H---ts Tan Sri L.. K..  pada 29 Disember 2021 telah mengambil alih 28.5 juta saham dalam syarikat S----- atau 5.051% pegangan.

Jelas kepada kita tindakan ganti ke R--D mempunyai kaitan secara langsung dengan kepentingan politik pihak tertentu. Inilah yang berlaku bila Be End kembali sebagai kerajaan.

My Comments :

Tuan-Tuan projek ini "belum gagal". They will claim compensation. Percayalah depa akan claim bayaran pampasan. Dan mereka akan dibayar dengan duit kita. Duit tuan-Tuan.

Serupa projek jambatan bengkok dulu. Ingat lagi tak? Jambatan bengkok itu tak jadi. Melayu kaya taukeh jambatan bengkok belanja duit sikit saja tapi bila projek bodoh itu jadi kontroversi dan di batal, taukeh  Melayu kaya semua claim duit pampasan beratus juta. Sudah lupa ke? Depa dapat pampasan beratus juta Ringgit duit kita.  Jambatan tak jadi, tetapi duit kita jadi asap.

Serupa juga kontrak monopoli bodoh letak speed camera di lebuhraya. Projek itu jadi kontroversi dan akhir sekali batal atau tukar tangan. Tapi taukeh muallaf yang kaya itu dapat claim pampasan beratus juta Ringgit - duit kita. Duit tuan-Tuan yang bodoh juga. Tuan-Tuan kena kencing lagi.

Begitu juga sekarang dengan projek R_ _D ini. Sudah tentu taukeh syarikat ini (menantu Wak dan taukeh Cina pula tu) akan claim pampasan jika konsesi monopoli mereka sangkut atau terpaksa diubah perlaksanaan-nya. 

Percayalah Tuan-Tuan kena kencing lagi.

Saya nak tanya -  persatuan Melayu yang kononnya pejuang  cawan dan kasut selipar semua pi mana? Pasal apa diam seribu?  

NGO-NGO Melayu yang kononnya pejuang agama, bangsa dan kepala hotak entah apa pi mana?

Persatuan pengguna Melayu kononnya berjenama agama, bangsa, sungai  dan airterjun semua pi mana? 

Bila penjual ikan Cina naikkan harga ikan lima puluh sen sekilo depa boleh gila sampai sawan. Boleh berbuih-buih di mulut.

Tetapi bila orang kaya elit Melayu sapu monopoli, sapu konsesi monopoli, sapu AP impot ayam dan pelbagai AP - pejuang-pejuang 'Melayu' ini diam saja. Aksi kuat tapi bunyi tak ada. Serupa m........

 Jadi apa lagi Tuan-Tuan mau?  Bayar sajalah. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.