`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 16, 2022

Tikus dalam wad HTJS, Jabatan Kesihatan N9 segera bertindak

 

Klip video tular di media sosial menunjukkan seekor tikus berkeliaran dalam wad 3B Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) mengambil langkah penambahbaikan serta-merta, selepas seekor tikus dipercayai berkeliaran dalam wad kanak-kanak di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Ia susulan satu klip video tular di media sosial menunjukkan seekor tikus berkeliaran dalam wad 3B HTJS

Pengarah JKNNS, Dr Harlina Abdul Rashid, berkata pihaknya mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan kejadian sama berulang, dengan menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah.

Katanya, penjagaan kebersihan di sekitar hospital, khususnya dalam semua wad turut dititikberatkan dan pihak konsesi penyelenggaraan hospital diarahkan mengenal pasti lokasi kerap didatangi tikus serta kuantiti pemasangan perangkap dipertingkatkan bagi mengatasi masalah itu.

“Ini termasuk penjadualan kawalan makhluk perosak melalui frekuensi yang ditetapkan, iaitu pada setiap hari dan setiap bulan menggunakan pelbagai kaedah bersesuaian.

“Unit Entomologi dan Pest juga dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, JKNNS amat menghargai maklum balas yang diberikan dan berusaha memastikan keselesaan serta keselamatan orang awam yang mendapat rawatan di hospital terjamin dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.