`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 16, 2022

4 mayat ditemui terapung di perairan Johor Timur

 

Keempat-empat mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)

KOTA TINGGI: Empat mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di lokasi berbeza di sekitar perairan Johor Timur dalam tempoh masa 48 jam sejak Selasa lepas.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili Mohd Najib Sam berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat penemuan dua mayat terapung oleh nelayan tempatan pada Selasa lepas di perairan Pulau Lima, masing-masing pada 12.50 tengah hari dan 1.10 tengah hari.

“Dua mayat lagi ditemui semalam, iaitu satu mayat ditemui oleh pemancing di kedudukan 8.6 batu nautika timur laut Tanjung Balau pada 10.30 pagi, manakala satu lagi mayat ditemui oleh nelayan tempatan di kedudukan 16 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Besar kira-kira 12.40 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keempat-empat mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mohd Najib berkata, semua mangsa disyaki warga asing dan kemungkinan berlakunya kejadian bot karam, namun setakat ini MRSC Johor Bahru atau mana-mana balai polis belum menerima sebarang aduan mengenai orang hilang di laut.

“MRSC Johor Bahru juga telah bertanya kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, namun tiada dilaporkan orang hilang setakat ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401 yang beroperasi 24 jam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.