`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 20, 2022

Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk

 

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlaku di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri sehingga 2.00 petang ini.

MetMalaysia dalam satu pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat sementara Kuala Lumpur turut mengalami amaran sama.

“Perak pula membabitkan tiga kawasan iaitu Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.” menurut agensi itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.