`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 20, 2022

Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya tahun ini

 

Penaiktarafan Sandakan sebagai bandar raya sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini, namun disebabkan kekangan tertentu, ia terpaksa ditangguhkan, kata Bung Moktar Radin. (Gambar Bernama)

SANDAKAN: Sandakan dijangka dinaik taraf sebagai bandar raya antara Ogos hingga menjelang Oktober depan, kata Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, penaiktarafan itu sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini, namun disebabkan kekangan tertentu, ia terpaksa ditangguhkan.

“Sekarang, Sandakan sudah bersedia. Majlis Perbandaran Sandakan juga menyatakan mereka sudah bersedia untuk Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya.

“Sudah tentu impaknya akan meningkatkan ekonomi Sandakan dan sudah tentu akan ada perancangan baharu yang akan kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup majlis Karnival Belia Keluarga Malaysia anjuran Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Libaran malam tadi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Menurut Bung Moktar, antara perancangan melonjakkan ekonomi Sandakan adalah memajukan aspek pelancongan melalui usaha merancakkan penyertaan usahawan kecil tempatan.

“Contohnya, mungkin kita akan bina ‘waterfront’ seperti di Kota Kinabalu dan ini tentunya akan menarik pelancong,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.