`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 23, 2022

Muat naik video ugut tembak, rogol di TikTok, lelaki didenda RM4,000

 

Sheikh Bilal Ahmed didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Jalan Ipoh Chow Kit pada 17 Jun lepas. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi TikTok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas Sheikh Bilal Ahmed, 25, yang mengaku bersalah mengugut Muhammad Adnan dengan memuat naik video di aplikasi TikTok dan mengatakan dalam bahasa Pakistan untuk menembak ahli keluarga dan merogol kakak mangsa.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di sebuah restoran di Jalan Ipoh Chow Kit pada 17 Jun lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 507 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan serius.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Peguam Muhammad Syafiq Salleh yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda dengan alasan anak guamnya gagal mengawal emosi akibat tertekan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada mangsa setiap hari selama empat tahun.

“Mangsa setiap hari mengutip wang secara salah terhadap tertuduh. Apabila tertuduh pulang ke rumah, lelaki itu akan berada di hadapan rumahnya dan meminta sebahagian wang perlindungan.

“Ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepadanya. Anak guam saya memohon maaf atas perbuatannya dan berjanji kesalahan itu tidak akan berulang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.