`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 17, 2022

Pelajar pondok ditemui lemas saling berpelukan

 

Kedua-dua mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri lemas selepas dilihat kali terakhir mandi di sungai pada 6.45 petang semalam sebelum tenggelam. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Dua pelajar Pondok Terusan Limbat yang hilang ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh petang semalam ditemui lemas pagi ini.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata, mayat Muhammad Zulhafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, dijumpai terapung dalam keadaan saling berpelukan pada 8.40 pagi, kira-kira 20m dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Kedua-dua mangsa ditemui terapung kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan bermula pada 8.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Muhammad Zulhafiz dan Luqman Hakim sebelum ini dilaporkan dikhuatiri lemas selepas kedua-duanya dilihat kali terakhir mandi di sungai itu pada 6.45 petang semalam sebelum tenggelam.

Kedua-duanya bersama sembilan rakan lain pergi ke sungai berkenaan yang terletak kira-kira 200m dari pondok pengajian mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.