`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 19, 2022

PRU15: Bekas ADUN Behrang umum tanding bebas di Parlimen Tanjung Malim

 

Bekas ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Malim.

PETALING JAYA: Bekas ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, yang menjadi antara watak penting menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, pada 2009, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Malim.

Jamaluddin yang juga bekas ahli PKR berkata, keputusan kembali ke dunia politik selepas kira-kira sembilan tahun bergerak secara solo tanpa menyertai parti politik disebabkan ingin berbakti kepada rakyat di Parlimen itu.

Katanya, keputusan dibuat bukan secara terburu-buru atau didalangi mana-mana pihak, tetapi atas kehendak rakyat dan rakan seperjuangan yang masih setia bersamanya selama ini.

“Setiap kali saya bertemu orang ramai di tempat awam, kebanyakan mereka meminta saya kembali dalam politik dan bertanding pilihan raya, membuatkan saya terpanggil untuk kembali dalam dunia politik.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Apabila rakyat sukakan kita, adalah rugi jika tidak mengambil peluang ini dalam keadaan tiada parti yang mempunyai dua pertiga untuk memerintah negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada Februari 2009, kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang selepas empat ADUN keluar daripada gabungan itu.

Selain Jamaluddin, tiga lagi ADUN ketika itu, Nasarudin Hashim (Bota), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), mengambil langkah sama, sekali gus menyebabkan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri itu walaupun tewas, pada pilihan raya umum ke-12.

Jamaluddin ketika mengulas lanjut berkata, berdasarkan situasi semasa, beliau melihat persefahaman parti lain bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) juga tidak mempunyai kekuatan, sekali gus membuka ruang untuk beliau kembali bertanding.

Beliau mendakwa, masih mempunyai kekuatan dan sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang kerana antara ketiga-tiga DUN di Parlimen itu, DUN Behrang mempunyai pengundi yang ramai.

“Andai kata saya kuat di DUN Behrang dan mendapat 50% sokongan pengundi di DUN Slim dan 10% di DUN Sungkai, ada kemungkinan saya menang PRU15 nanti.

“Saya perlu bersedia awal dan memulakan gerak kerja dengan menguar-uarkan hasrat bertanding kepada pengundi di Parlimen ini.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.