`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 11, 2022

Wujudkan ruang selamat untuk kenderaan mikro mobiliti, kata pakar

 

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, kenderaan seperti moped dan skuter elektrik dilarang di jalan-jalan awam sejak 17 Dis tahun lepas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan harus mewujudkan ruang yang selamat untuk penggunaan skuter elektrik dan kenderaan mikro mobiliti lain, kata seorang pakar pengangkutan.

Rosli Azad Khan berkata, kerajaan harus mengubah suai landskap bandar untuk menampung dan menggalakkan penggunaan kenderaan seperti e-skuter dan moped.

“Kerajaan harus mengarahkan kerajaan tempatan dan Kementerian Perumahan (dan Kerajaan Tempatan) untuk menerajuinya” memandangkan kementerian tersebut mengawal semua pihak berkuasa dan majlis tempatan, katanya.

Beliau menyarankan pihak berkuasa mengubah suai zon dan laluan pejalan kaki, serta stesen transit massa supaya kenderaan mikro mobiliti boleh digunakan dengan selamat dan tidak bercanggah dengan kenderaan lain di jalan raya.

“Mereka tidak sepatutnya mengenakan sebarang bentuk pelesenan atau bayaran, dan tidak sepatutnya ada sekatan untuk penumpang dalam transit massa untuk membawanya naik. Itu akan menguruskan isu ketersambungan destinasi pertama dan terakhir,” katanya.

Wan Agyl Hassan, bekas ketua dasar dan perancangan di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang tidak lagi berfungsi, berkata kerajaan bersikap “terlalu menentang” dalam pendekatannya terhadap mikro mobiliti.

Menurutnya, kerajaan mengambil pendekatan mudah dengan melarang penggunaan kenderaan mikro mobiliti di jalan awam, berbanding terlibat urus dengan pengendali industri, kemudian selepas timbul aduan, berkata akan ada peraturan baharu.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong baru-baru ini berkata, pelan komprehensif dan garis panduan untuk mikro mobiliti akan disiapkan dan diumumkan tidak lama lagi.

Dua bulan lepas, Wee berkata, larangan terhadap penggunaan kenderaan seperti moped dan skuter elektrik di jalan-jalan awam telah berkuat kuasa sejak 17 Dis lepas.

Wan Agyl berkata, kerajaan mesti mengiktiraf jurang yang wujud dalam sistem pengangkutan awam.

“Tak masuk akal kita tak dapat capai pengangkutan awam utama seperti kereta api,” katanya.

“Tanpa akses mudah, ramai orang terpaksa mencari pilihan perjalanan alternatif.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.