`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 28, 2024

Angin kencang, laut bergelora sekitar perairan negara dijangka mulai Ahad

 

Free Malaysia Today
Keadaan angin kencang dan laut bergelora sekitar perairan negara mulai Ahad hingga Selasa berbahaya bagi bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut MetMalaysia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini, menurut MetMalaysia.

Jabatan itu memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50km/j dengan ombak hingga 3.5m dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan MetMalaysia hari ini.

Selain itu, paras air laut turut diramalkan naik di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.

Katanya, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan hingga Selasa.

Sementara itu, di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan melebihi 60 km/j dan ombak lebih 4.5m dijangka berlaku hingga Selasa.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya bagi semua kegiatan pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.

Amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak hingga 4.5m.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya bagi semua kegiatan perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.