Sarawak merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu IPD Serian, Kuching, Sri Aman, Samarahan, Sibu, Sarikei dan Bintulu.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sarawak merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu IPD Serian (178), Kuching (171), Sri Aman (168), Samarahan (164), Sibu (157), Sarikei (152) dan Bintulu (106).
Di Johor, tiga kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (158) , Pasir Gudang (155) dan Tangkak (102), diikuti Kuala Lumpur dengan Cheras (149) dan Batu Muda (121).
Seri Manjung, Perak mencatatkan bacaan 159, manakala Shah Alam, Selangor merekodkan 152.
Putrajaya (121), Nilai, Negeri Sembilan (111) dan Bukit Rambai, Melaka (108) turut berada pada tahap tidak sihat.
Sementara itu, sebanyak 38 kawasan lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan merekodkan kualiti udara baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.