`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, September 19, 2026

Muhyiddin setuju Bersatu tak boleh gerak solo pada PRU16

 Presiden Bersatu berkata, parti itu perlu cari rakan kerjasama baharu, namun mesti hormati prinsip dan selari dalam perjuangan.

Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu akan buat keputusan demi kelangsungan parti termasuk berkait rakan kerjasama baharu.
PETALING JAYA:
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan bahawa partinya tidak boleh bergerak secara solo pada PRU16, namun pemilihan rakan kerjasama perlu berlandaskan prinsip perjuangan.

Beliau berkata, ramai menzahirkan pandangan bahawa Bersatu tidak boleh bergerak sendiri dan perlu rakan kerjasama baharu susulan krisis dalam Perikatan Nasional (PN) menyaksikannya putus hubungan dengan PAS.

Sehubungan itu, katanya, Bersatu akan membuat keputusan demi kelangsungan parti tetapi memberi jaminan kepada ahli yang ia mesti berlandaskan prinsip perjuangan.

“Mereka mesti menghormati perjuangan Bersatu, menghargai sumbangannya serta mempunyai prinsip dan cita-cita perjuangan yang selari,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Beliau menekankan prinsip utama Bersatu yang perlu diterima rakan kerjasama adalah untuk mewujudkan negara yang maju, makmur dan bebas daripada amalan kleptokrasi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bersatu sudah mengadakan perbincangan awal dengan Muda bagi merintis kerjasama pilihan raya, selain Putra turut memberi isyarat secara prinsipnya bahawa mereka terbuka untuk bekerjasama.

Krisis dalam PN menyebabkan PAS tidak membantu kempen Bersatu pada PRN Johor, manakala di Negeri Sembilan, Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri dalam pada PN menjalinkan persefahaman dengan Barisan Nasional (BN).

Pada kedua-dua PRN, Bersatu kalah di semua kerusi ditandingi.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.