`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, September 18, 2026

Sekarang masa kotakan ‘janji’ letak jawatan, Fadhli seru Nga

 Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyeru Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib Razak.

Ahmad Fadhli Shaari Nga Kor Ming
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, seru Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, mengotakan ikrar letak jawatan.
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyeru Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, supaya mengotakan ikrar letak jawatan susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib, Fadhli berkata sekarang masa untuk Nga mengotakan ‘janji’.

“Tahniah Najib. Sekarang masa Nga kotakan janji untuk letak jawatan. Kalau boleh bawa DAP sekali keluar kerajaan,” katanya di Facebook.

Pada 12 Julai lalu, Nga dalam kenyataan berkata beliau berikrar akan meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya dalam kes SRC International.


Katanya, jika Najib dilepaskan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang juga tidak lagi dihormati.

Nga berkata beliau sudi letak jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri demi mempertahankan integriti sistem kehakiman, mengatakan ia soal prinsip.

Nga adalah menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.

Nga berkata demikian dalam penjelasan mengenai kenyataan beliau dalam satu wawancara, yang menurutnya telah disalah tafsir, selepas Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, menggesa Nga letak jawatan susulan kemenangan Barisan Nasional pada PRN Johor.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat.

Keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat ditetapkan.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan daripada hukuman asal 12 tahun dalam kes SRC International.

Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.