Raja Zarith Sofiah tekan kepentingan usaha sedemikian terutamanya dalam keadaan isu alam sekitar, seperti jerebu, yang berbangkit.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini, Raja Zarith Sofiah bertitah, usaha itu perlu dicerminkan dalam dasar-dasar pembangunan kerajaan serta pendidikan untuk kesedaran segenap lapisan rakyat.
Hantaran itu memaklumkan titah berkenaan dibuat selepas Raja Permaisuri Agong berkenan menerima menghadap Pengerusi Johor Sustainability Centre (JSC) Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene hari ini.
Pada pertemuan berkenaan, baginda dipersembah maklum akan perkembangan dan perancangan terkini usaha-usaha kelestarian yang didukung JSC melalui kerjasama dengan pelbagai pihak sektor awam dan swasta.
Turut hadir pada sesi menghadap itu, Pengerusi Puspanita Johor Siti Azizah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif JSC Syed Norul Shahril dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Hishamuddin Abd Rahim. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.