`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 8, 2012

'Datuk S' Caught for Khalwat? ('DATUK S' DITANGKAP KHALWAT?)


Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
KETIKA tengah sibuk menyiapkan artikel 'MADU TIGA' dalam episod ke empat berhubung Skandal Seks Datuk S dan 'Tiga Datinnya', Paparazzi menerima panggilan telefon daripada beberapa orang kanan politik, termasuk seorang Mantan Menteri Kabinet, Ketua Pemuda dan beberapa orang tokoh politik berhubung perkembangan terbaru Datuk S; kononnya beliau ditangkap khalwat dengan pasangannya di Hyyatt Kinabalu, malam semalam.
Menurut pemanggil, mereka bertanyakan pengesahan berita berkenaan daripada Paparazzi yang kebetulan sedang makan bersama kawan; tetapi tidak menyedari bahawa Hotel Hyyat Kinabalu yang menjadi 'Istana Hinggap' Datuk S telah diserbu oleh Pasukan Pencegah Maksiat.
"Mungkin kerja pengikut beliau sendiri atau musuh politik beliau kerana semua tahu sifat Datuk S. Kali ini baru kena buku dengan ruas kerana selama ini dia dakwa dilindungi orang kenamaan," ujar seorang Ketua Pemuda yang meminta agar namanya dirahsiakan.
Paparazzi telah menjalankan siasatan dan daripada maklumat seorang Pengawal Keselamatan Hyyatt Kinabalu, Paparazzi mendapati berita tersebut benar kerana beliau yang mengiringi Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ketika membuat serbuan.
"Pihak JHEAINS dan polis membawa mereka (Datuk S dan pasangan) pergi ikut pintu belakang bersama barang bukti bagi mengelakkan kes tersebut menjadi tumpuan ramai," akui Pengawal Keselamatan tersebut yang menjelaskan beliau hanya menjalankan tugas dan enggan memberikan sebarang komen lanjut.
Bagaimanapun Paparazzi tidak dapat mengenalpasti sama ada pasangannya ketika ditangkap adalah Sofea @ Pia Binti Dahlan atau wanita lain yang sering menjadi teman asmaradananya.
Beberapa orang rakan Paparazzi memberitahu bahawa Toyota Rush SAB599A milik Pia kelihatan di tempat letak kereta di Hadapan Hyyat Kinabalu, tetapi gagal mengenal pasti apakah Pia yang dicekup bersama Datuk S dalam Skandal Seks songsang mereka.
Menurut maklumat yang Paparazzi terima daripada seorang tokoh politik veteran, rakan khalwat Datuk S ialah Sofea yang berasal dari Purto, Puteri Pulau Phalawan, Filipina yang datang ke Sabah 9 tahun lalu dan berjaya mendapat kad pengenalan projeknya dengan bantuan Datuk S yang menjadikannya Gundik Seumur Hidup!

(NOTA: Paparazzi cuba menghubungi Penguatkuasa JHEAINS dan Pesuruhjaya Polis Sabah, tetapi gagal, namun rombongan yang ikut serta mengadakan serbuan mengesahkan Datuk S ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin). - Sabahkini

7 comments:

  1. isu ini harap ada penyelesaian..

    ReplyDelete
  2. semoga penangkapan ini setidak-tidaknya dapat menggesa kerajaan supaya menubuhkan RCI secepat mungkin

    ReplyDelete
  3. isu PATI yang mendapat IC atau kerakyatan dengan jalan pintas tentunya menjadi tanda soal semua rakyat Sabah

    ReplyDelete
  4. setiap tahun masalah pendatang tanpa izin menjadi semakin teruk ...berharap kerajaan persekutuan benar-benar memberi perhatian serius kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah

    ReplyDelete
  5. seperkara lagi, kalau benar ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...maka, kerajaan / penguatkuasa seharusnya bertindak segera dan bukannya berdiam diri sahaja atau melindungi 'pengkhianat' itu

    ReplyDelete
  6. baik dedahkan siapa datuk tersebut.

    ReplyDelete
  7. berita ini patut menjadi berita gembira kepada Paparazi Sabahkini dan juga Citra memandangkan mereka tidak perlu lagi buat pendedahan bersiri dan juga laporan polis..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.