`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 13, 2012

AZLAN SHAH DYNASTY PART III (Dinasti Azlan Shah Bahagian III) - in Malay



Di dalam siri Dinasti Azlan Shah, penulis telah menceritakan secara ringkas sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik di blog entry Dinasti Azlan Shah dan seterusnya di dalam blog entryDinasti Azlan Shah Bahagian II menceritakan mengenai perang saudara dan perebutan takhta Kesultanan Perak yang berlaku sejak beratus tahun dahulu. Kini, takhta Kesultanan Perak tidak sunyi daripada tuntutan oleh pihak-pihak yang mengaku sebagai waris yang lebih layak untuk menduduki takhta.
Sultan Melaka banyak menerima undangan rakyat
Antara contoh yang diberikan di dalam kedua-dua blog entrysebelum ini ialah Raja Noor Jan Shah yang mendakwa keturunan Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmaddin (Sultan Perak ke-18) dan menuntut takhta Kesultanan Melaka.  
Raja Ahmad Nasir yang merupakan keturunan Raja Kulop Muhammad Kramat Ibni Sultan Muda Raja Ahmad pula mendakwa waris yang lebih layak menduduki takhta Kesultanan Perak adalah daripada keturunan Raja Kulop Muhammad Kramat yang merupakan abang kepada Sultan Idris Shah I (Sultan Perak ke-28), tetapi tidak dilantik menjadi Sultan. Dikatakan kerana merajuk maka diharamkan 7 keturunannya untuk menuntut takhta Kesultanan Perak.
Turut didedahkan sebelum ini ialah mengenai kisah Sultan Ismail atau dikenali sebagai Marhum Sekudai (Sultan Perak ke-25) yang dilupakan. Cabang pewarisan takhtanya telah lama terhenti kerana menentang British. Walaupun sehingga hari ni waris Sultan Ismail hanya mendiamkan diri dan tiada yang menuntut takhta, tetapi mungkin suatu hari nanti mereka akan muncul untuk merancakkan siri perebutan takhta Kesultanan Perak.
Uncleseekers III
Baru-baru ini muncul pula sebuah blog yang diberikan nama Uncleseekers III dengan siri-siri Misteri Sultan Azlan Shah dan tuntutan takhta Kesultanan Perak oleh seorang individu yang bernama Tengku Amran Mohammad Shah (atau sesekali ditulis pula sebagai Raja Amran Mohammad Shah). Beliau mendakwa adalah merupakan cucu kepada Sultan Abdul Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah Ibni Sultan Idris I dan Sharipah Malini. 
Kisah Tengku Amran Mohammad Shah ini pertama kali dibaca oleh penulis sekitar tahun 2006 di akhbar Kosmo dengan artikel bertajuk Dakwa cucu Sultan Abdul Jalil, Sultan Perak Ketiga – tuntut Elaun dan Pencen.
Akhbar Kosmo bertarikh 10 Ogos 2006
Terdapat banyak tanda-tanya mengenai kisah Tengku Amran. Lebih menjadi tanda-tanya kerana tujuan utama kemunculan Tengku Amran adalah untuk menuntut elaun dan pencen.
Soalan-soalan untuk Uncleseekers III dan Tengku AmranMungkin Uncleseekers III dapat merungkai persoalan-persoalan berikut:
Sultan Abdul Jalil
1. Mengapa Tengku Amran mengatakan Sultan Abdul Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah adalah merupakan Sultan Perak ke-3? Bukankah Sultan Abdul Jalil merupakan Sultan Perak ke-29 yang menjadi Sultan dari tahun 1916-1918 mengantikan ayahandanya Sultan Idris Shah I?
2. Salasilah Kesultanan Perak menunjukkan Sultan Abdul Jalil pernah berkahwin sebanyak 4 kali di mana isteri-isteri baginda adalah: Tengku Permaisuri Yong Sofiah Binti Muhammad Yunus, Raja Perempuan Nuteh Jahrah Binti Sultan Ali (anakanda kepada Sultan Perak ke-24), Raja Mardhiah Binti Raja Kulop Muhammad Kramat (sepupu baginda iaitu anak kepada bapa saudaranya) danHajah Noriah. Mengikut catatan di dalam blog Uncleseekers III disebut,
  
 “Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh.”

Tiada disebut di dalam salasilah Sultan Abdul Jalil memperisterikan seorang wanita bernama Sharipah Malini.Mungkin Tengku Amran boleh menerangkan salasilah keluarganya di dalam satu post di blog Uncleseekers III, siapakah gerangan nendanya yang bernama Sharipah Malini serta siapakah ibu dan bapanya?
Juga menjadi tanda-tanya apabila Tengku Amran mendakwa isteri pertama Sultan Abdul Jalil iaitu Tengku Permaisuri Yong Sofiah meninggal dunia di Acheh. Sejarah Kesultanan Perak menunjukkan Tengku Permaisuri meninggal dunia di Istana Negara Kuala Kangsar pada 8 Oktober 1917. 3. Diharap Uncleseekers III dan Tengku Amran dapat menerangkan mengapa gelaran nama beliau adalah “Tengku” dan bukan “Raja” seperti anak-anak raja Perak yang lain. Umum mengetahui gelaran “Tengku” (atau “Tunku” di Johor dan Kedah) digunakan oleh anak-anak raja dari negeri-negeri beraja yang berasal dari keturunan Bendahara, Temenggung dan pembesar lain seperti Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan dan lain-lain. Sebagai contoh gelaran “Tun” yang merujuk kepada keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang menjadi raja, nama gelaran keturunannya kemudian ditukar menjadi “Engku” dan “Tengku”. Begitu juga Kelantan dengan nama gelaran “Long”  kemudiannya ditukar kepada “Engku” dan “Tengku”. Kebiasaannya hanya kerabat diraja Perak menggunakan nama gelaran“Raja”.Mohon pencerahan mengapa ingin dikenali sebagai Tengku Amran? 
4. Petikan daripada artikel bertajuk Sultan Azlan Shah Mystery (Part 1) bertarikh 7 September 2012,
Dakwaan bahawa Raja Azlan Shah melangkah sebanyak 5 tangga bagi mengantikan Almarhum Sultan Idris sebagai Sultan Perak adalah tidak benar. Semasa Almarhum Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Azlan Shah adalah merupakan Raja Muda Perak.
Sila rujuk penerangan yang diberikan di dalam artikel Dinasti Azlan Shah. Ditunjukkan secara ringkas tangga-tangga Raja Bergelar yang dinaiki oleh Sultan Azlan Shah hingga bergelar Sultan Perak.
Sultan Perak (Sultan Idris Shah II), Raja Muda (Raja Musa Ibni Sultan Abdul Aziz), Raja Dihilir (Raja Ekram Ibni Sultan Yusuf Izzudin), Raja Kechil Besar (Raja Lope Nur Rashid Ibni Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Abdullah) Raja Kechil Sulung (Raja Ahmad Hisham Ibni Raja Abdul Malik Ibni Sultan Abdullah), Raja Kechil Tengah (Raja Azlan Shah), Raja Kechil Bongsu (Raja Izzuddin Ibni Sultan Idris Shah II)
Gambar di atas menunjukkan Raja-raja Bergelar Negeri Perak pada tahun 1963 semasa Sultan Idris Shah II menaiki takhta Kesultanan Perak. Semua Raja-raja Bergelar memakai persalinan dan destar Raja Bergelar.Sebagai contoh, destar yang dipakai oleh Raja Muda dinamakan“Ayam Patah Kepak”, manakala destar yang dipakai oleh Raja Kechil Sulung dinamakan “Lang Sioh”. Daripada persalinan dan destar sudah ketahui jawatan Raja Bergelar yang dipegang oleh seseorang itu.
Sultan Azlan Shah mula dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu pada tahun 1962 semasa pemerintahan ayahandanya, Sultan Yusuf Izzudin. Apabila Sultan Idris Shah II menaiki takhta pada tahun 1963, Sultan Azlan dilantik menjadi Raja Kechil Tengah; dan seterusnya Raja Kechil Besar pada tahun 1978 apabila kekandanya Raja Dihilir Ekram meninggal dunia. Baginda melangkau satu tangga menjadi Raja Muda pada tahun 1983 kerana Raja Dihilir Ahmad Hisham memberi laluan kerana masalah kesihatan.
Jadi, tidak timbul disini soal Raja Azlan Shah melangkau terus 5 tangga untuk menjadi Sultan Perak. Mohon penulis Uncleseekers III untuk membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.
5. Petikan daripada blog entry Uncleseekers III bertarikh 10 September 2012 bertajuk Sultan Azlan Shah Mystery (Part 4) yang berbunyi,
Suka penulis untuk membetulkan satu lagi kenyataan yang tidak tepat oleh penulis Uncleseekers III. Sebenarnya terdapat 2 gelaran bagi isteri kepada seseorang Sultan iaitu gelaran Raja Perempuan bagi isteri Sultan yang mempunyai darah raja. Sebagai contoh, Raja Mazwin Binti Raja Arif Shah Ibni Raja Kechil Sulung Harun Ar-Rashid Ibni Sultan Idris Shah I yang merupakan isteri Almarhum Sultan Idris Shah II digelar Raja Perempuan kerana beliau adalah berdarah raja. Contoh lain adalah seperti Raja Perempuan Ta’ayah Binti Raja Abdul Hamid (isteri Sultan Yusuf Izzudin), Raja Perempuan Khadijah Binti Sultan Idris I (isteri Sultan Abdul Aziz), Raja Perempuan Nuteh Jahrah Binti Sultan Ali (isteri Sultan Abdul Jalil).
Bagi isteri Sultan yang bukan berdarah raja, gelaran yang diberikan ialah Raja Permaisuri atau Tengku Permaisuri. Di dalam konteks ini Tuanku Bainun diberikan gelaran Raja Permaisuri.
Gelaran Raja Puan Besar kerana berdarah raja di sebelah ibu?
Begitu juga bagi isteri kepada Raja Muda Perak akan digelar Raja Puan Besar bagi yang berdarah raja dan Cik Puan Besar bagi yang bukan berdarah Raja. Tuanku Zara Salim diberikan gelaran Raja Puan Besar kerana mempunyai darah raja daripada moyangnya Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke-24). Walaupun darah raja itu hanya di sebelah ibu tetapi gelaran itu tetap diberikan. Bagi isteri Raja Dihilir Perak pula digelar Raja Puan Muda Perak bagi yang berdarah raja dan Cik Puan Muda Perak bagi yang bukan berdarah raja.
Jadi, tidak timbul isu Tuanku Bainun diberikan nama gelaran “Raja” kepadanya. Ianya adalah merupakan satu gelaran yang dikurnikan oleh Sultan kepada isterinya. Sejarah Kesultanan Perak menunjukkan gelaran Raja Permaisuri bagi isteri Sultan yang bukan berdarah Raja memang pernah diberikan oleh beberapa Sultan Perak sebelum itu. Sekali lagi penulis Uncleseekers III perlu membuat sedikit kajian sebelum membuat sebarang dakwaan.
6. Dalam laporan polis yang dibuat oleh Amran Bin Muhammad atau ingin dikenali sebagai Tengku Amran, beliau telah menulis seperti berikut (sila rujuk Sultan Azlan Shah Mystery (Part 5) – Laporan polis terhadap Sultan Azlan Shah) ada dinyatakan seperti berikut,
Di dalam proses pertabalan, bakal Sultan Perak perlu melalui istiadat tabal pusaka (dahulunya dikenali sebagai tabal jin). Istiadat yang berlangsung pada waktu malam ini termasuk istiadat bersiram tabal. Air siram adalah air daripada 7 kuala Sungai Perak. Sultan Azlan Shah melaksanakan proses bersiram tabal ini seperti yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar berikut.
Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Bainun berangkat ke Balai Panca Persada dengan nobat dipalu (gambar kiri) dan Balai Panca Persada (gambar kanan)
Istiadat bersiram tabal
Istiadat bersiran tabal telah disempurnakan
Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh Tengku Amran bahawa Sultan Azlan tidak ditabal mengikut adat istiadat diraja seperti mandi bersiram? Adat bersiram apa lagi yang perlu dilaksanakan? Mohon pencerahan oleh Uncleseekers III dan Tengku Amran.
7. Dalam kenyataan yang diberikan oleh Tengku Amran seperti dalam blog entry Sultan Azlan Shah Mystery (Part 6) berbunyi,
Dewan Negara Perak dianggotai oleh Sultan (kecuali bagi urusan lantikan Sultan yang baru apabila berlaku kemangkatan), Raja Muda, Raja Di Hilir, 4 orang Raja Bergelar, 4 Orang  Besar  Empat, 8  Orang  Besar  Delapan  dan  12 orang  tua-tua (seorang  daripadanya  dari  bukan  Melayu) berserta Menteri  Besar  dan Mufti sebagai ahli kerana jawatan.
Ini bermakna Dewan Negara Perak bukan hanya Menteri Besar semata-mata yang membuat keputusan bagi melantik seseorang Sultan. Jadi, tiada sebab untuk mempersalahkan Tan Sri Ramli Ngah Talib yang didakwa oleh Tengku Amran bersubahat dalam melantik Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak. Jauh sekali untuk mengaitkan Tun Dr. Mahathir kerana Perdana Menteri Malaysia bukan merupakan Ahli Dewan Negara Perak!
Ramli Ngah Talib sebagai Orang Besar Delapan
Dakwaan yang mengatakan Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah sahabat rapat Raja Azlan Shah semasa menuntut di London juga tidak boleh masuk di akal. Sultan Azlan Shah menuntut di dalam jurusan undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan tamat pada tahun 1953. Seterusnya diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh Lincoln’s Inn pada tahun 1954. Pada ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib baru berusia 13 tahun! Bagaimana boleh dikatakan mereka berdua bersahabat semasa menuntut di London? Lagi pun Tan Sri Ramli Ngah Talib menuntut di Queen University, Belfast iaitu kira-kira 500km jauhnya dari London.
Sekali lagi nasihat kepada Tengku Amran, sebelum membuat dakwaan sila buat sedikit homework dahulu.
Tan Sri Ramli Ngah Talib juga adalah merupakan Orang Besar Delapan dengan gelaran Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja. Jawatan ini bukan diberikan tetapi diwarisi dari satu generasi ke generasi berketurunan Dato’ Sagor. Seterusnya gelaran ini akan diwarisi oleh Rizal Ashram (Jejai) yang kini adalah Toh Muda Orang Besar Delapan.
8. Salah satu blog entry Uncleseekers III ada diambil dari blog Raja Ahmad Nasir. Uncleseekers III juga dinasihatkan untuk mengkaji terlebih dahulu dakwaan-dakwaan beliau sebelum mengambilnya sebagai fakta. Satu contoh yang nyata ialah persoalan anak siapakah Raja Azlan Shah ini?Raja Ahmad Nasir mendakwa Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah bercerai pada tahun 1925. Persoalan yang ditimbulkan ialah jika mereka bercerai pada tahun 1925, anak siapakah Raja Azlan Shah yang lahir pada tahun 1928?
Dakwaan Raja Ahmad Nasir bahawa Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah bercerai pada tahun 1925 dan mempersoalkan anak siapakah Raja Azlan Shah yang lahir pada tahun 1928
Sebenarnya Raja Ahmad Nasir tidak faham apa maksud (ca. 1925; div) seperti yang dihighlight kan di atas. Sebenarnya “ca” itu merujuk kepada circa iaitu bahasa Latin yang membawa maksud di sekitar tahun 1925. Maknanya di sini Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah berkahwin di sekitar tahun 1925 dan tidak diketahui tahun mereka bercerai. Bukannya mereka bercerai pada tahun 1925! Jadi, tidak timbul anak siapakah Raja Azlan Shah itu kecuali beliau mempunyai bukti yang nyata mengenai insan bernama Atan Bin Hashim itu. 
Mohon dedahkan dan Malaysia in Crisis menyambut baik pendedahan beserta bukti dan fakta kerana pembaca-pembaca zaman sekarang tidak hanya mengambil sesuatu dakwaan tanpa asas dan bukti. 
Jadi lah seperti Uncleseekers yang membuat pendedahan beserta bukti dan fakta, jangan merosakkan nama Uncleseekers dengan auta!
Kesimpulan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.
Ironinya, Raja Noor Jan seakan diterima oleh sebahagian rakyat dan mempunyai bilangan pengikut yang ramai. Sebagai contoh, Raja Noor Jan dijemput untuk merasmikan Wisma IPC Shopping (sila rujuk gambar di atas) dan menanugerahkan Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota kepada Pengarah syarikat berkenaan. Cukup hebat!
Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta.
Kesimpulannya, bukan mudah untuk menuntut takhta sesuatu Kesultanan pada zaman ini. Sejarah di Malaysia juga menunjukkan beberapa kes telah dibawa ke mahkamah, contohnya kes Tengku Ali Ibni Almarhum Sultan Sulaiman v. Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman [1996] 4 MLJ 374 dan kes Tengku Ibrahim Petra, putera kepada Tengku Indra Petra yang melepaskan takhta kepada adindanya Tengku Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan Kelantan.


- mediaperak

7 comments:

  1. Berikut adalah fakta yang sebenar berkenaan Raja Noor Jan Shah:-Dari keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) Marhum Durian Sebatang sultan ke-22 (1851-1857). Berikut adalah:-Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Muhammad Lajin Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Alang Abdul Rahman Ibni Al-Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak ke-22 (1851-1857):-untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila layari www.sultanmelakadarulislam.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Raja Ahmad Nasir tidak faham apa maksud (ca. 1925; div) seperti yang dihighlight kan di atas. Sebenarnya “ca” itu merujuk kepada circa iaitu bahasa Latin yang membawa maksud di sekitar tahun 1925. Maknanya di sini Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah berkahwin di sekitar tahun 1925 dan tidak diketahui tahun mereka bercerai. Bukannya mereka bercerai pada tahun 1925! Jadi, tidak timbul anak siapakah Raja Azlan Shah itu kecuali beliau mempunyai bukti yang nyata mengenai insan bernama Atan Bin Hashim itu.

    AGAK JANGGAL KALAU TIDAK TAHU TAHUN SEBENAR SULTAN ITU KAHWIN!!! NAMUN, KALAU TIDAK TAHU TAHUN BERCERAI -- DGN TALAK TIGA, MUNGKIN ADA KEBENARANNYA.
    JADI, (CA 1925; DIV) --> MAKSUD BERCERAI DI SEKITAR 1925!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama tololnya maciam ahmad nasir tukang sirik itu

      Delete
  3. You did thorough research. Thanks for the great info. Keep up the good work.

    ReplyDelete
  4. thanks. enlighten reading. bagi saya biar bersultan org biasa, org bijak pandai dan jaga kebajikan rakyat, drpd bersultan keturunan sultan yg jual negeri. my 2 pence.

    ReplyDelete
  5. sultan azlan dan sultan nazrin syah, diorg ada tak pi makam tok temong, ada tak pi beting beras basah.. just nak tau..maaf, jika dah ada artikel, tapi saya tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA GUGEL ADA YUTUP, PAKAI LAH! JEN MACAM NASIR ITU BACA JE MASIH MENGEJA!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.