RAHSIA.....Bijaknya Kastam, Operasi Sulit disiarkan di Laman Web untuk Tatapan Umum
DI DALAM semua operasi Penguatkuasaan, satu Perintah Operasi akan dikeluarkan dan berstatus 'SULIT' dengan sampul berlakri (seal) dan hanya boleh dibuka pada hari atau malam sebelum 'Operasi Dilancarkan'.
Sesiapa yang membocorkan arahan boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi atau sekurang-kurangnya diambil tindakan untuk 'Ingkar Perintah'. Perkara ini tidak boleh dihebohkan kepada media, hatta kakitangan Kastam lain yang tidak terlibat dengan Opersi. Pihak Media hanya dipanggil selepas tamatnya sesuatu operasi bagi menghebohkan pencapaian Operasi tersebut.
Berlainan pula ceritanya dengan Operasi Patkor Kastima 18A/2012 yang dijalankan pada 11 – 22 September 2012 yang disebarkan untuk tatapan umum di web rasmi KDRM sebelum berakhirnya Operasi. Malahan tarikh kemaskini turut dipapar sekali iaitu Kemaskini terakhir pada Khamis, 20 September 2012 14:59
Petikan dari laman web rasmi KDRM
Operasi Patkor Kastima 18A/2012 yang melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Republik Indonesia (DJBC) telah dilancarkan oleh Ybhg. Dato’ Khazali Bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada 11 September 2012 di Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang. Delegasi DJBC diketuai oleh Rahmat Subagio, Pengarah Penguatkuasaan dan Penyiasatan DJBC.
Operasi tersebut yang dimulakan sejak 1994 bermatlamat memenuhi pendekatan strategik JKDM dan DJBC dalam membanteras kegiatan penyeludupan di perairan Selat Melaka. Selain itu, operasi ini adalah asas pada kedua-dua pihak dalam pertukaran maklumat, pengalaman, penambahbaikan aktiviti penguatkuasaan dan risikan.
13 kapal dan bot patrol digunakan untuk operasi dari 11 September hingga 22 September 2012. Operasi ini juga melibatkan 60 orang anggota JKDM dan 77 orang anggota DJBC. Kawasan operasi meliputi perairan Pulau Pinang hingga ke Johor di wilayah Malaysia manakala di wilayah Indonesia ia meliputi perairan Sumatera Utara hingga ke Sumatera Selatan.
Salam Hormat,
ANTI BOCOR
source : Sabahkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.