`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 6, 2013

300,000 PELAJAR SABAH DAPAT RM35 JUTA




SAMPAIKAN.....Azizah menyampaikan Sijil Kecemerlangan Pelajar pada majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR dan UPSR 2012 di Dewan Pa' Musa Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna memperuntukkan kira-kira RM35 juta untuk melaksanakan program bantuan sosial di negeri ini.

Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, seramai 300,000 penduduk telah mendapat manfaat dari program berkenaan yang melibatkan bantuan keperluan pelajar seperti bantuan susu sekolah, buku tulis dan pakaian sekolah serta alat tulis.
Katanya, bantuan seumpama merupakan usaha kerajaan bagi meringankan beban khususnya kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR dan UPSR 2012 serta penyampaian bantuan sosial di Dewan Pa' Musa Beaufort, di sini kelmarin.

Menurutnya penyampaian anugerah tersebut antara lain bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan disamping menjadi penyuntik motivasi agar lebib cemerlang dalam bidang pembelajaran.




Seramai 35 orang pelajar cemerlang UPSR dan PMR telah menerima anugerah tersebut dan kira-kira 300 pelajar sekolah rendah menerima sumbangan berupa beg sekolah pada majlis tersebut.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort II menerima Anugerah Sekolah Cemerlang PMR 2012 dan bagi kategori UPSR disandang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) Kung Ming, Beaufort.

Pada majlis yang sama, Azizah yang juga wakil rakyat Klias ketika ditemui media turut berkongsi azam beliau bagi tahun baru 2013 ini.

“Azam saya juga sebagai wakil rakyat akan terus berusaha demi memastikan kawasan ini mencapai pembangunan yang pesat,” katanya sambil memberitahu pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan dalam membangunkan negeri disamping sentiasa prihatin dengan keperluan rakyatnya.

Justeru beliau berharap agar kerajaan Barisan Nasional akan dapat meneruskan legasinya sebagai pemerintah di negeri ini agar lebih banyak lagi kemajuan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.