`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 30, 2013

RM5B TINGKAT PRASARANA LUAR BANDAR




SEMPORNA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan hampir RM5 bilion pada tahun ini bagi tujuan peningkatan prasarana luar bandar di seluruh negara.

Menterinya, Dato Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peruntukan itu melibatkan kemudahan prasarana seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan projek bantuan rumah rakyat termiskin (PPRT).
Menurutnya, beliau yakin kesemua projek bagi peningkatan kemudahan prasarana yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan.

“Setakat ini terdapat sudah projek yang telah berjalan, projek-projek melibatkan jalan, air dan ada yang sudah mencecah 60 peratus di Sabah, Sarawak dan begitu juga di negeri-negeri di semenanjung,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan secara Tunai, Penyerahan Bayaran Akhir Projek Khas Perumahan Nelayan dan Penyampaian Sumbangan kepada anak nelayan di sini kelmarin.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna menyatakan pihaknya sentiasa melawat, memantau dan telah menubuhkan unit khas bagi mengatasi masalah kelewatan projek-projek pembangunan.

“Setakat ini hanya terdapat satu syarikat pemaju yang dibatalkan kerana sudah dua, tiga kali diberi amaran kerana gagal menyiapkan projek seperti yang ditetapkan,’’ ujarnya.

Katanya, faktor kelewatan projek-projek yang dikenalpasti ini selalunya disebabkan bahan yang digunakan atau pengurusan pampasan melibatkan pengambilan tanah atau tempat.

“Terdapat jalan-jalan yang lewat disiapkan kerana melibatkan jalan kampung, jadi pengurusan pampasan perlu dilaksanakan,’’katanya lagi.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Dato Seri Nasir Tun Sakaran, wakil rakyat Bugaya, Datuk Ramli Marhaban. (NST)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.