`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 30, 2013

VOO MAN CHUNG PEGUAM PENIPU?




Saudara Pengarang,

SAYA Hasmiati binti Rustam, telah membuat laporan polis ke atas seorang yang bernama Voo Man Chung, yang mendakwa beliau seorang peguam dari Voo & Co. yang beralamat 1st Floor, Lot 7, Blok A, Bandar Pasaraya, Sandakan.
Saya telah ditipu sebanyak RM20,000 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu) kononnya untuk bayaran guaman bagi membela kes saya berkaitan pertikaian tanah di Koyah.
Saya diperdayakan oleh Voo Man Chung di pejabat beliau apabila dia menghulurkan saya sekeping 'business card' yang bernama Voo Sin Men, yang tertera nama sebagai seorang yang memiliki ijazah undang-undang dari Australia.
Saya menyedari telah ditipu apabila Voo Man Chung tidak hadir bagi membela saya pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan oleh mahkamah Sandakan pada 25 Januari, 2013 lalu. Akhirnya mahkamah telah memutuskan saya bersalah disebabkan tiada peguambela yang hadir bagi mewakili saya.
Adapun nama Voo Man Chung ini saya hanya ketahui melalui siasatan saya dengan bertanya ke atas beberapa individu masyarakat Cina di Sandakan.
Dua orang individu Cina mengesahkan bahawa nama Voo Man Chung adalah orang yang mempunyai rekod jenayah berkaitan pemilikan dan penjualan senjata api secara haram. Mereka mengesahkan memang Voo Man Chong pernah ditahan di bawah ISA atas jenayah melibatkan senjata api.
Terdapat dua orang lagi individu yang berurusan dengan Voo Man Chung yang duit mereka telah dikebas sebanyak RM16,000 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Ribu).
Sehingga saat ini kedua-dua lelaki Melayu yang tertipu masih menaruh harapan supaya Voo Man Chung mengembalikan duit mereka. Jika sekiranya Voo Man Chung engkar, mereka juga akan membuat laporan polis.
Seorang pengamat politik yang diminta pandangannya mengenai hal ini berkata, kes ini amat serius dan cukup merbahaya. Beliau sedang memerhatikan apakah tindakan polis selanjutnya ke atas Voo Man Chung.
Salam Hormat,
HASMIATI RUSTAM
- sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.