`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 30, 2013

Shahrizat: Harapan wanita Malaysia hanya pada BN


http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.93392.1349872911!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg 
(Bernama) - Harapan wanita Malaysia untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin hanya terletak kepada Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
   
Sehubungan itu, beliau berkata BN yang menjadi peneraju negara dan mengambil berat soal kebajikan rakyat tetap menjadi pilihan wanita di segenap peringkat.
   
Berucap pada Program Sekampung Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Perlis di sini hari ini, beliau berkata kerajaan sentiasa memahami dan menghayati denyut nadi wanita dan tidak pernah mengabaikan mereka.
   
Selain itu, menurutnya, kerajaan juga sentiasa mendengar suara dan hasrat wanita bukan sahaja melalui saluran politik tetapi juga melalui MPWK.
   
Shahrizat yang juga Pengerusi Kebangsaan MPWK berkata majlis itu tidak pernah berdiam diri dalam memperjuangkan kepentingan kaum wanita di negara ini.

"Itu sebabnya, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjaga kebajikan kaum wanita dan berusaha mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan termasuk melalui bantuan 1Azam," katanya.
   
Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata banyak kaum wanita yang perlu dibantu terutama mereka yang menjadi ketua isi rumah, kebanyakannya disebabkan kematian suami atau ditinggalkan suami.
   
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan program itu berharap kaum wanita akan menjadi pencetus semangat kepada masyarakat untuk terus menyokong pelbagai usaha murni kerajaan.
   
Katanya kaum wanita di negara ini menikmati kehidupan yang selesa dan mereka yang berada dalam kepompong kemiskinan tidak pernah dipinggirkan daripada usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.