`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 3, 2013

98 Hari Lagi- kita laung Ini Kalilah!






Sedarlah bangsa Melayu, pemimpin UMNO terus merompak dan melanun. Dah hampir PRU pun mereka melakukan nya. Dalam keadaan pendedahan oleh Deepak, bongkar oleh Musa Hasan, UMNO teruskan agenda melanun negara. Seolah olah tidak takut bahawa keadilan rakyat akan menghukum mereka.

Hari ini belum pun sempat debu mendap ke bumi, kerajaan UMNO sekali lagi melancarkan projek rompakan besar. Hari ini kerajaan UMNO menanda tangani pembinaan lebuh raya pantai barat Taping ke Banting. 233km pada harga RM7.7 bilion. Ini penswastaan atau rompakan highway robbery? Projek ini diberi kepada Kumpulan EuroPLus Bhd- sekutu IJM berhad milik satu2 nya Melayu dan Melayu terakhir di Malaysia- Syed Mokhtar albukhari.

Antara ribuan Melayu seluruh dunia, yang Melayu hanya Syed Mokhtar Bukhari. ( nyanyilah ikut alunan lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah) Alangkah hairan kita, kos sekilometer ialah RM30.5 juta walhal kos biasa ialah RM10juta/kilometer. Apa sudah jadi?

Kerajaan sekarang di pimpin oleh orang2 gila? Bukan kah kumpulan Europlus ini sebuah syarikat yang sudah tidur? Dahulu dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye. Sharehoders fund syarikat tinggal RM115juta- kerugian terkumpul sebanyak RM500 juta lebih; syarikat ini menangung rugi lebih dari 5 tahun dan mempunyai hutang RM250 juta. Baki tunai syarikat hanya ada RM3juta.

Syarikat hancai dan cikai seperti ini boleh kerajaan beri suatu kontrak RM7.7 bilion? Berapa Raja Ropiaah dibelakang projek Taiping-Banting ini? itulah sebabnya, Shahrizat kata, menteri lain pun sapu duit juga.

Berilah kuasa kepada Pakatan Rakyat- mengkaji semula skim cepat kaya para pemimpin UMNO. Demikian angkuh nya kerajaan UMNO.

Dimana keadilan untuk bekas tentera dan kepada tentera yang bakal jadi bekas? Kalau jeneral tak mengapa- boleh jadi pengarah syarikat. Bekas tentera mesti bertanya- kerajaan hendak bantu bekas tentera susah, tapi belanja untuk pemimpin UMNO yang tipu rakyat dan balun harta rakyat, boleh. Ratusan ribu bekas tentera tidak mempunyai pencen dan kerajaan tidak membantu mereka. Walhal ada keputusan cabinet yang menjanjikan pemberian 20 ekar tanah seorang. Tapi setakat hari ini, hanya felda lembah bilut sahaja yang melakukan keadilan kepada bekas tentera.

Ratusan ribu kena cari sara hidup melakukan pelbagai kerja termasuklah jadi peniaga pasar malam, jaga dan bodyguard. Itu pun banyak kerja keselamatan mereka kena bersaing dengan orang Nepal dan Bangladesh.

Tidak ada lansung dasar bersepadu yang dilakukan oleh kerajaan UMNO untuk membantu tentera. Tentera kena fikir perkara ini. bekas dan bakal bekas. kamu mempunyai ibu dan bapa, adik beradik dikampung yang berdepan dengan kos hidup yang kian meningkat. Mereka hidup susah. Bersama samalah dengan mereka lakukan tindakan yang wajar yakni menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.

LTAT yang kaya raya boleh belanja RM160 juta untuk menyelamatkan seorang pemimpin wanita UMNO, tapi berdiam diri bila berdepan dengan isiu menolong bekas tentera. Apa yang kamu, individu bekas tentera yang berbakti kepada negara telah dapat? Setelah 55 tahun kamu diberi bayaran one-off RM1000? Atau RM18 setahun atau 5 sen sehari?

Bandingkan nasib kamu dengan nasib Raja Ropiah. Pengorbanan Raja Ropiaah berbanding dengan pengorbadanan kamu bagaimana? Pusat Penyelikan RM 100 juta belum pun di buat, dia telah dapat jutaan Ringgit. Deepak bayar RR RM13 juta, bayar RM72.5 juta bond tanah, bayar RM8 juta sumbangan politik. Raja Ropiah sapu lagi 18 juta dari Guppyunit dan nah sekarang, LTAT suruh Boustead bayar RM130 juta kepada nya. Kamu mahu melihat dokumen pembelian shares oleh Boustead pun tak dapat!

Bekas tentera dan tentera- tanya sama Zahid, dimana Puspahanas. 223 ekar tanah milik kerajaan diberi kepada Raja Ropiah. Sekarang tanah yang diberi sebagai tukaran kepada PUSAPahanas , dibeli oleh LTAT kamu dengan harga RM130 juta.

Apa yang dibuat oleh Raja Ropiaah bukanlah perkara baru. Kita akan selidik perkara yang serupa berlaku dimana mana sahaja. Ia sudah pasti melibatkan semua tanah2 milik kerajaan, kementerian dan ejensi kerajaan. Pasti ada songlap dan samunan. Semua ini kita bongkar satu persatu bila kerajaan PR ambil alih. Biar orang Melayu tahu apa yang pemimpin UMNO buat. Dihadapan kita bermuka muka- dibelankang kita bermukah.

Di Batu Pahat, sebidang tanah dihadapan tapak hospital daerah lama( stor simpanan JKR tak silap saya – saya tinggal di BP tahun 1985-86) di beri kepada seorang exco dan bekas DO. Tujuan untuk pengswastaan. Belum sempat dan tidak perlu tukar nama, tanah tersebut dijual. Sehingga sekarang tanah tersebut tidak dibangunkan. Apabila dijual, maka pemajuan tanah tersebut akan lari dari tujuan asal penswastaan tanah tersebut. Pemimpin UMNO yang menyapu tanah tersebut kemudian nya pergi keseluruh Johor bercerita mengenai perjuangan Melayu.

Lihatlah betapa hipokrit pemimpin UMNO masa sekarang?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.