`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 24, 2013

Adun Changkat Jering lepas tangan


Sikap lepas tangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, bakal mengundang bahaya kepada penduduk setempat kerana membiarkan jalan retak dan berlubang tanpa diselanggarakan.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, beliau mengetahui perkara tersebut ekoran menerima tiga aduan daripada penduduk setempat.
“Jalan Pengkalan Setia 1 kini menjadi amat bahaya kepada para pengguna jalan raya kerana penutup besi jalan pada mulut jalan Taman Pengkalan Setia sudah lama hilang. Lubang atas jalan dibiarkan begitu melebihi dua minggu.
“Bagi kes kedua, penghuni Taman Simpang Setia mengadu longkang taman yang di sebelah Tadika Strawberi Minda Maju sudah lama rosak melebihi setahun. Kerosakan longkang ini menjadikan jalan tar sebelah tadika berkenaan tidak dapat tahan keberatan kenderaan lalu lintas, lalu mula meretak,” katanya pada kenyataan.
Manakala katanya, aduan ketiga yang diterimanya adalah berkenaan tiang telekom yang dibina di tengah jalan yang menghalang laluan pengguna.
“Sejak kelahiran sejarah kampung lebih daripada 10 tahun dahulu, sebuah tiang telekom telah menghalang perjalanan kenderaan Kampung tersebut,” ujarnya.


Keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.