`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 16, 2013

BUAYA TEMBAGA DITANGKAP DI LABUAN





TANGKAP.....Jainal (lima kiri) dan Ahmad Mashur (empat kanan) bergambar bersama dengan pegawai bomba dan penyelamat, dan pegawai Perhilitan Labuan di samping buaya yang berjaya ditangkap itu.

Oleh : ADRIAN NANDU
LABUAN: Seekor buaya tembaga telah berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat di Kampung Rancha-Rancha Laut pada jam 12.30 pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal @Zainal Madasin berkata pusat operasi jabatan bomba dan penyelamat telah menerima panggilan dari pihak polis mengenai kehadiran buaya itu pada jam 11.43 malam sebelumnya.
“Berikutan panggilan polis itu, hasil daripada laporan penduduk Kampung Rancha-Rancha Laut, seramai lapan anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh pegawai Bilin Panin bergegas ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba dan penyelamat kami berjaya menangkap buaya sepanjang 2.5 meter dan berat 40kg itu sekitar jam 12.30 pagi ketika buaya itu sedang menyeberangi jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Setelah menyedari kehadiran anggota bomba dan penyelamat, buaya itu cuba unuk ‘menyembunyikan diri’ ke dalam longkang kecil, namun anggota kami berjaya menariknya keluar,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Jainal berkata, ketika buaya itu cuba dikeluarkan dari longkang berkenaan, buaya itu cuba untuk bertindak agresif.

“Saya difahamkan yang penduduk kampung pernah ternampak buaya itu sebelum ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan ada beberapa kawasan di sini yang dikenalpasti menjadi tempat habitat bagi spesis buaya terutamanya kawasan yang terdapat sungai dan paya.

Jainal berkata, kes buaya itu merupakan kes pertama bagi pihak jabatan di sini dan ia merupakan ‘hadiah tahun baharu’ kepada jabatan bomba dan penyelamat di sini dan setakat ini tiada kes kecederaan yang membabitkan buaya itu dilaporkan.

“Buaya ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Manakala, pegawai hidupan liar bagi Jabatan Perhilitan Labuan, Ahmad Mashur Julaihi berkata buaya tembaga itu akan diserahkan kepada pihak Taman Hidupan Liar di Lok kawi, Sabah. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.