KDM Film & Music Activist Association Sabah ataupun nama singkatan (KDMFM) hari ini menjelaskan tentang isu berkaitan dengan peluang penerbitan rancangan untuk siaran rangkaian TV RTM sudah diselesaikan.
Pada 1 Jun tahun lepas, KDMFM telah menganjurkan majlis sederhana Anugerah Muzik & Filem KDM di mana artis, pelakon dan pejuang seni KDM diberi penghormatan.
Peluang menganjurkan acara tersebut digunakan oleh Tony Francis Gitom untuk mengutarakan dan memberikan penerangan terperinci kepada Pembantu Menteri Datuk Meglin D’cuz mengenai masalah karyawan Sabahan.
Tony menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat melalui RTM tidak memberi peluang kepada Karyawan Sabah untuk berkarya dalam bentuk rancangan TV dan secara langsung menganak-tirikan rakyat Sabah yang tidak dapat menonton wajah dan bahasa kita dalam program TV.
Lantas satu Memorandum KDMFM telah dihantar kepada Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menuntut peluang tersebut.
Beberapa isu penting dibangkitkan dalam memorandum tersebut serta cadangan mekanisma yang patut dijalankan oleh Kerajaan untuk membuka serta menuntut peluang berkarya.
Kemudian, Kerajaan Pusat melalui Setiausaha Kementerian mengambil tindakan susulan dan satu proses komunikasi membuahkan hasil.
Memorandum yang diterima oleh Perdana Menteri dan Menteri Kebudayaan dan Warisan pada bulan Jun itu diambil perhatian yang serius dan langkah Datuk Seri Utama Rais Yatim seterusnya adalah mengarahkan wakil khasnya Datuk Nazri Abdullah untuk menyelesaikan permintaan penerbitan-penerbit rancangan TV dari Sabah.
Cadangan KDMFM untuk menuntut proses ‘pitching’ dijalankan di Sabah telah dilangsungkan oleh Datuk Nazri kerana beliau sedar peluang Karyawan Sabah memang tipis apabila terpaksa bersaing dengan penerbit dari Semenanjung Malaysia dalam sesi ‘pitching’ di Wisma Angkasapuri. Dalam sejarah ‘pitching’, penerbit dari Sabah hanya berjaya mendapat 3-4 kelulusan dari tahun 2005 hingga 2011.
Datuk Nazri membawa sesi ‘pitching khas’ serta ‘Bengkel Penulisan Skrip’ untuk penerbit Sabah ke Kota Kinabalu pada 9-13 September tahun lalu.
Seramai 59 individu, penerbit bebas dan syarikat penerbitan Sabah diberi keutamaan untuk program ini. Hasil dari itu, kesemua yang terlibat itu mendapat peluang ‘pitching’ idea rancangan TV mereka dan diberi keputusan serta merta. Hampir 80% daripada cadangan rancangan dari karyawan Sabah mendapat kelulusan daripada RTM.
Antaranya ialah Syarikat Media Bayu S/B, MB Production S/B, Bayo Pictures S/B, Besta Borneo S/B, Sipadan Borneo S/B, North Borneo Media S/B, Empayar Bayu S/B, Legendary Music Production D/B, Layar Kinabalu, S/B, Immirtele Creative S/B, Apple Studio S/B, MEL Corp S/B, FTV Production S/B, Top3 S/B, Wide Angle S/B, Eden Potential S/B dan Penampang Studio S/B.
Ternyata kenyataan tentang RTM melalui kerajaan pusat yang tidak memberi peluang kepada penggiat seni Sabah untuk berkarya menurut kenyataan seorang veteran seni baru-baru ini adalah tidak tepat sama sekali.
Tony Francis Gitom berkata “Kami di Penampang Studio sangat berpuas hati dan bersyukur kerana suara kami didengar oleh pihak kerajaan pusat dan diberi peluang penerbitan. Kami tidak kecewa tetapi gembira kerana TVi akan menyiarkan rancangan hasil kami dan rakan-rakan karyawan Sabah tahun depan 2013.”
Dalam satu majlis temubual dengan wartawan hiburan Harian Express hari ini, seluruh AJK dan Ahli KDM FILM & MUSIC ACTIVIST ASSOCIATION SABAH KDMFM menyuarakan perasaan gembira dengan kehadiran Najib ke Sabah.
KDMFM mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Datuk Nazri atas keperihatinan dan peluang yang diberi oleh Kerajaan Pusat. Ahli KDMFM mengharapkan PM supaya cadangan rancangan TV dari penerbit Sabah akan ‘Janji Ditepati’.
Tony Francis Gitom berkata; “PM Najib datang ke Penampang adalah tepat pada masanya untuk merasmikan Bangunan Latihan Mahkamah Anak Negeri. Ini kerana satu dari cadangan rancangan dari Penampang Studio adalah majalah dokumentari ‘Anak Negeri’ hasil karya aktivis social Atama yang akan memaparkan keunikan Orang Asal Sabah dalam kontak menyelesaian isu melalui Native Court”.
Tony selaku penaung KDMFM berharap Kerajaan Pusat akan sentiasa menitik beratkan Karyawan Sabah di masa depan. Katanya lagi “Tiada salah kita memuji usaha telus Kerajaan Pusat yang sudahpun membuktikan dapat menyelesaikan masalah Karyawan dan penerbit TV/Filem Sabahan. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli KDMFM untuk bersabar menanti berita baik dari RTM untuk memulakan pengambaran”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.