`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 15, 2013

Bukti! Jabatan Imigresen diarah halang peguam Scorpene masuk Malaysia

SALAH seorang sahabat pembaca yang difahami merupakan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia mendedahkan bahawa terdapat arahan khusus untuk menghalang peguam-peguam Scorpene dari Perancis untuk memasuki Malaysia.

Para peguam tersebut adalah William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham. Arahan ini disebarkan melalui satu senarai pekeliling khas yang diberikan kepada semua kakitangan terutama penyelia di Jabatan Imigresen Malaysia.



Para peguam ini tidak dibenarkan memasuki Malaysia, NTL - Not To Land @ non-permitted to land. Pekeliling bertarikh 3 Dis 2012 ini menunjukkan betapa terdesaknya kepimpinan Najib untuk menghalang isu skandal rasuah Scorpene yang dikaitkan dengan dirinya daripada diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. 

- milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.