`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 16, 2013

Fenomena "Listen Listen Listen": Template Tarbiyah UMNO BN Untuk Pelajar IPT


#Listen #Listen #Listen

MUSTAHIL anda tidak faham lawak tajuk di atas. Mustahil! Dalam dunia serba canggih dan maklumat di hunnjung jari ini, tipulah kalau anda kata anda tak tahu apa yang saya maksudkan. Begitu pantas sekali lelucon ‘listen, listen, listen’ ini tersebar di ruang maya sehinggakan dalam kurang 24 jam, Presiden Suara Wanita 1Malaya (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berjaya menumpaskan seorang warga siber sensasi ‘Shasha Mendoza’ yang menjadi sumber hilai tawa ketika berlangsungnya himpunan KL112.

Saya tidak sanggup menonton video forum ‘Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik’ yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Satu kerana saya rasa tajuk forum itu bodoh. Dan kedua, saya tak sanggup tengok orang bodoh memperbodohkan diri.

Apa yang saya tahu ialah Sharifah Zohra bertindak merampas mikrofon daripada seorang mahasiswi UUM bernama Bawani, mungkin kerana sudah tidak dapat menahan lagi keperluan untuk mematahkan soalan Bawani mengenai perkara sensitif, termasuk perihal ekonomi dan pendidikan.

Lumrah orang yang tidak boleh menjawab soalan, akan membalas soalan dengan meroyan. Itulah yang dilakukan Sharifah Zohra. Bukan sekali, malah SEPULUH kali beliau berkata ‘Listen’ (dengar) kepada Bawani, ketika belum sempat mahasiswi itu menghabiskan soalannya. Sambil memegang mikrofon yang dirampas, Sharifah Zohra harus pula menuturkan ‘Let me speak’ (bagi saya bercakap) sehingga tujuh kali. Kau dah pegang mikrofon, siapa lah yang nak halang kau bercakap.

Yang lebih menggelikan buah pinggang, hujah-hujah Bawani dibalas Sharifah Zohra dengan ‘animals have problem’, ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makan shark fin?’

Ini saya kutip daripada surat terbuka yang ditulis orang kepada sang Presiden SW1M. Saya sehingga kini masih tidak sanggup menonton sepenuhnya video terbabit; risau saya akan dapat mendengar IQ saya jatuh merudum. Tambahan pula saya punya pundi kencing yang lemah.

Pembodohan

Apa yang kita lihat (err.. anda lihat) dalam video itu adalah sejenis pembodohan terancang yang dijana kelestariannya oleh kehendak United Malays National Organisation yang mahukan orang Melayu ini bengap sebengap-bengapnya supaya mudah ditolak ke tepi ke tengah dan diperintah-perintah. Lihat sahaja gaya macainya di SW1M itu yang menyuruh orang ‘listen’ sampai sepuluh kali kepada kata-katanya yang entah apa-apa.

Inilah dia ‘template’ pentarbiyahan UMNO terhadap anak-anak kalian di universiti dan sekolah-sekolah yang diheret ke latihan Biro Tata Negara. Pembodohan yang dipaksakan ini adalah rencah asli sup bunjut UMNO yang dihidangkan saban hari melalui media arus perdananya di kaca televisyen dan dada akhbar serta menjadi asas pembentukan mentaliti rakyat supaya tidak menyoal dan merelakan apa sahaja yang berlaku.

Namun begitu apa yang menyebabkan semua ini menjadi kelakar ialah respon Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin.Ketawa besar saya semalam setelah membaca kicauannya di laman sosial ‘Twitter’.

Akaun rasminya, @Khairykj menyiarkan ‘And on UUM issue. Please #listen to me: this Jabeen lady DOES NOT represent BN. Sekian,’ (Dan tentang isu UUM itu, tolonglah dengarkan saya. Perempuan Jabeen ini tidak mewakili BN.Sekian). Barangkali KJ pun sudah puas ketawa berdekah dan rasa terpaksa ikut serta untuk ‘menganjing’ respon si Jabeen.

Usaha Khairy untuk mengawal keadaan ini ternyata gagal. Takkan lah UUM nak biar siapa-siapa sahaja masuk berpogram dalam kawasannya jika tidak punya tauliah, apatah lagi tauliahan UMNO dan logo 1Malaysia. Lumrah, kalau sudah bodoh dan buruk, semua orang tak mahu mengaku kawan. Kasihan si Jabeen.

Fungsi universiti

Pastinya universiti itu adalah tempat untuk belajar dan tiada cara yang lebih baik untuk belajar selain bertanya soalan. Untuk ini Pakatan Rakyat menjanjikan kebebasan akademik tanpa campur tangan politik yang mengekang kebebasan berfikir dan bertanya soalan, lagi-lagi soalan yang bisa menyengat dan sensitif mengusik kalbu pemerintah.

Universiti pastinya bukan tadika. Tidak ada pasal untuk ada pihak-pihak tertentu masuk ke kampus dan menyuruh orang mendengar kata-katanya. Mahasiswa punya hak untuk memilih; samada untuk mendengar atau tidak, untuk percaya atau tidak. Dan mahasiswa juga berhak menyoal. Barulah namanya forum. Kalau mahu bercakap sahaja tanpa perhubungan dua hala daripada audien, jadilah DJ radio. Mudah.

Pindaan terhadap AUKU yang membenarkan mahasiswa berpolitik seharusnya dijadikan titik tolak untuk menerapkan kesedaran dan partisipasi politik di kalangan anak muda. Kalaupun UMNO mahu terus mendoktrinkan kebodohan ideologi politik etnosentriknya, lakukanlah dengan bijaksana dan dengan hujah-hujah yang ilmiah. Apabila saya sebut ilmiah, maksud saya hujah yang tidak mengaitkan masalah-masalah kambing, anjing dan ikan jerung dalam perdebatan yang sihat.

Forum akademik, walaupun tajuknya berbunyi bodoh; sewajarnya dijalankan dengan penuh rasa hormat kepada ilmu dan tempat menuntut ilmu Universiti bukan taman asuhan kanak-kanak riang untuk disumbat-sumbat kepala otak anak mahasiswa itu dengan maklumat tanpa soal jawab. Malahan budak-budak tadika sekarang pun sudah pandai bersoal jawab. Jabeen mungkin tidak datang daripada sistem pendidikan yang maju itu.

Listen

Ya, pastinya ada masa untuk mendengar. Dan masanya ialah sekarang. UMNO dan juak-juaknya telah menutup telinga sejak Mac 2008 dan tidak mempedulikan suara rakyat yang mahukan perubahan. Seperti budak kecil yang menutup telinga sambil menyanyi ‘lalalala’ tidak mahu dengar cakap orang tua; begitulah perangai kanak-kanak UMNO dan Barisan Nasional kini yang tidak akan langsung mengambil iktibar daripada tempeleng maha hebat lima tahun lalu.

Kini UMNO terus hidup dalam penafian, dan akan mati dalam penafian dan angan-angan yang mengabui matanya sendiri.

Penyudah kepada forum anjuran proksi UMNO di UUM itu pastinya tidak mendapatkan apa-apa hasil selain daripada hilai tawa masyarakat yang menyaksikan pembodohan oleh pecacainya yang gagal sama sekali mengubah pendirian rakyat untuk menghumbankan UMNO dan macai-macainya itu ke lohong paling gelap dalam sejarah negara.

UMNO seharusnya mendengar teguran ramai, atau menanggung risiko untuk pupus selama-lamanya.

Listen! – Izmil Amri/[Roketkini]

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.