`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 5, 2013

HAD KELAYAKAN SRP NAIK RM2,000




KUALA LUMPUR : Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013.

Kenaikan berkenaan merupakan satu daripada kriteria kelayakan SRP yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tahun lepas, demikian menurut Cagamas SRP Bhd dalam kenyataan.
Bagi peminjam bersama, ia berkata had pendapatan telah dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan, tertakluk kepada pendapatan peminjam individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

"Di samping itu, keperluan untuk rekod simpanan bersamaan tiga bulan ansuran dan pekerjaan minimum enam bulan akan dimansuhkan," kata Cagamas SRP.

Ia berkata skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan 100 peratus pembiayaan daripada bank yang mengambil bahagian, membolehkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membayar 10 peratus bayaran pendahuluan.

"Cagamas SRP akan menjamin 10 peratus bayaran pendahuluan daripada pinjaman di bawah skim ini," katanya.

Cagamas diberi mandat pada 2011 untuk memainkan peranan aktif membantu golongan muda, rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta untuk memiliki rumah pertama mereka di bawah SRP. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.