`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 2, 2013

JHEAINS SEMPORNA DAPAT PERAHU LAJU




REPLIKA.....Dato' Sri Nasir (dua kiri) bersalaman dan menyerahkan replika kunci Perahu Laju kepada Pengarah Jheains, Datuk Amri A.Suratman (tiga kanan) sambil disaksikan Hj.Rumaling Epit (tiga kiri); Imam Loseman Linjal (kiri) dan Imam Isthial Daniel (kanan) sempena majlis itu di Jeti Pelancongan, Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran telah menyerahkan sebuah Perahu Laju kepada Jabatan Hal Ehawal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Semporna.

Nasir berkata,kemudahan perahu laju itu bertujuan untuk kegunaan aktiviti-aktiviti dakwah dan kemudahan jabatan itu menjalankan tugas di kawasan pulau-pulau di daerah itu.
“Kita berharap dengan kemudahan yang disediakan kerajaan ini,pihak Jheains daerah ini akan lebih giat menjalankan gerakan dakwah terutamanya bagi kawasan-kawasan pulau yang hanya dapat dihubungi dengan jalan laut,” kata Nasir.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah setakat ini kerajaan telah membekalkan kemudahan itu kepada Jheains kawasan Banggi; Beluran dan Daerah Semporna.

Perahu Laju berukuran 28 Kaki dan 7.5kaki lebar itu dibekalkan dengan dua buah injin sangkut 85 kuasa kuda setiap satu.

Hadirsama sempena majlis penyerahan itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri A.Suratman; Timbalan Pengarah Jheains,Haji Rumaling Epit; Imam Daerah Semporna,Ustaz Haji Isthial Daniel; Pegawai Kanan Jheains Daerah Semporna, Ustaz Loseman Lindal Al-Hafidz serta kakitangan Jheains Daerah Semporna.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.