LAWATAN...Hamid membuat lawatan ke Pasar Malam Minggu Kim Fung.
Oleh: SAIMON S JUAMDI
USAHA SAMA antara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura mewujudkan Pasar Malam Minggu di tempat letak kereta (Parking Space) di lorong Blok D dan E Bandar Kim Fung, Km 8.7 Jalan Utara Sandakan sejak dua tahun lalu merupakan langkah yang bijak dan terpuji.
Dengan wujudnya pasar malam tersebut, sekurang-kurangnya dapat memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk setempat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan bagi menjana ekonomi mereka.
Yang kedua dapat memberi impak kepada pelancong dalam dan luar berkunjung ke pasar tersebut di malam hujung minggu untuk membeli pelbagai barangan dan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan, Abdul Hamid Sabal berkata kepada Sabahkini.Net sejurus; selepas tinjauannya ke pasar tersebut kelmarin.
Katanya, masyarakat setempat seharusnya menghargai segala usaha murni kerajaan, khususnya MPS dan Pejabat ADUN Elopura kerana begitu prihatin sehingga rakyat dapat berjaja di pasar tersebut setiap malam minggu.
Manakala, Naib Ketua Perhubungan MCA Sabah, Chew Kok Woh (gambar sisipan) yang ditemui turut memuji dan menyokong usaha murni MPS dan ADUN Elopura itu sekurang-kurang ia dapat menyuntik semangat pengundi di kawasan Elopura supaya menyokong segala dasar-dasar kerajaan yang memerintah pada hari ini dan seterusnya.
Chew Kok turut menggesa agar MPS supaya memasang Papan Tanda agar pengguna lain tahu bahawa kawasan itu akan ditutup pada jam 3.30 petang setiap hari Sabtu untuk kegunaan pasar malam tersebut.
“Disebabkan tiada Papan Tanda yang dipacak, ramai pengguna keliru kerana mereka tidak tahu wujudnya pasar malam sehingga ramai terlewat mengalihkan kereta mereka. Malangnya, MPS atau PDRM terusmengeluarkan saman kepada pemilik kereta yang gagal memindahkan kereta mereka pada jam 4.00 petang,” tegasnya.
Sepatutnya kata Chew, MPS membuat garisan untuk lot-lot petak gerai tersebut dan dibubuh nombor sekali ini untuk memudahkan pihak penjaja terbabit mengenal pasti lot-lot mereka yang sebenarnya dan menyediakan tong-tong sampah di tempat-tempat strategik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.