`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 3, 2013

LFC KEKALKAN HARGA BIASA




LABUAN : Diskaun 50 peratus tambang feri untuk pengguna yang berulang-alik dari Labuan ke Sabah dan Sarawak mula dilaksana hari ini oleh LDA Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Labuan yang bertanggungjawab dalam kutipan tiket feri dan bot laju.

Bagaimanapun bagi feri yang dikendali Perbadanan Feri Labuan Sdn Bhd (LFC), harga tambangnya tidak berubah berikutan tiada penjelasan oleh Perbadanan Labuan, sebagai pihak berkuasa tempatan.
Berikutan itu, Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Yussof Mahal mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

"Saya mahu satu mesyuarat diadakan dan membincangkan kekeliruan yang timbul. Kenapa LDA Holdings telah melaksanakan kadar tambang diskaun itu sedangkan Perbadanan Feri Labuan masih dengan kadar lama," katanya selepas melawat Terminal Antarabangsa Labuan di sini Rabu.

Diskaun 50 peratus diberi untuk pengguna feri yang berulang-alik setiap hari dari Labuan ke Sabah dan Sarawak dan ia termasuk tambang feri untuk kenderaan perdagangan yang membawa barangan keperluan ke Labuan.

Diskaun tambang itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 tahun lepas. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.