`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 15, 2013

Loji rawatan air Sungai Semenyih pulih


Loji yang dikendalikan Syarikat Konsortium Abass terpaksa dihentikan operasinya sekitar pukul 1.30 tengah hari semalam kerana terdapat pencemaran minyak kelapa sawit.
PETALING JAYA : Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihentikan operasinya berikutan pencemaran di sungai itu dibuka semula malam semalam, umum Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Loji rawatan yang diurus oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass, terpaksa dihentikan operasinya sekitar pukul 1.30 tengah hari semalam kerana terdapat pencemaran minyak kelapa sawit.
Antara kawasan yang mengalami gangguan bekalan ekoran langkah menghentikan operasi loji itu ialah Subang, Puchong dan Seri Kembangan.
“Kerja-kerja pembersihan minyak itu dilakukan serta merta oleh kerajaan negeri. Selepas enam jam operasi dihentikan, ia kini beroperasi seperti biasa pada jam lapan malam semalam.
“Kita lakukan dengan secepat mungkin kerana takut akan memberikan kesan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Langkah itu diambil kerana kerajaan negeri kini tidak lagi bergantung kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, kerajaan negeri boleh melakukannya walaupun kerajaan pusat masih belum memberikan kuasa untuk mengambil alih.
Beliau berkata, kerajaan negeri mahu perkara ini dijelaskan secara profesional termasuk  membeli iklan di surat khabar untuk menerangkan status yang dilakukan dalam isu air ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.