`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 4, 2013

Mahathir - broker kuasa dalam UMNO?


ULASAN SEMASA: BROKER KUASA DALAM UMNO – terus diam. Banyak laman pro pembangkang telah menggambarkan bahawa Deepak – Musa Hassan serta isu-isu yang menggegarkan BN/UMNO hari ini datang dari broker kuasa dalam UMNO sendiri. Pendedahan demi pendedahan ini banyak melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri dan ini amat jelas satu usaha kolektif untuk mencalar reputasi Perdana Menteri. 

Matlamat hujungnya adalah untuk mendesak PM Najib meletakkan jawatan sebelum PRU 13 beralaskan teori ini akan dapat menyelamatkan BN dan UMNO. Namun adakah dengan perletakan jawatan PM ini akan menyelamatkan UMNO/BN? Adakah broker kuasa ini tidak takut kesan buruk terhadap UMNO seperti apa yang berlaku pada PRU 12.


Persoalan demi persoalan muncul dalam pendedahan Deepak ini dan siapa di belakang Deepak. Persoalan ini penting dalam membicarakan politik tetapi dalam mencari kebenaran mengenai isu rasuah dan tindakan yang melibatkan rasuah – maka adalah perlu jabatan-jabatan berkenaan menyiasat dengan segera isu yang dikatakan melibatkan pembelian kapal selam dan pembunuhan Altantuya. Isu ini bagi sesetengah pihak sudah lapuk tetapi kehadiran tuduhan Deepak sehingga melibatkan adik PM Najib sendiri adalah tuduhan besar yang mesti diselesaikan. 

Berbalik kepada topik BROKER KUASA dalam UMNO – adakah tuduhan ini benar? Adakah tuduhan mahu menjatuhkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ini benar dan dilakukan oleh broker kuasa dalam UMNO. Siapa broker kuasa ini. Dari media pro pembangkang TUN DR MAHATHIR adalah broker kuasa yang dimaksudkan ini. Lihat artikel ini:http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=41611:deepak-musa-senjata-dr-m-dalam-perang-gerila-terhadap-najib-rosmah?&Itemid=2 Dalam artikel ini – Dr Mahahtir adalah kuasa yang berada di belakang Deepak untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Artikel itu juga mengaitkan keberuntungan Tan Sri Muhyddin dalam isu ini. Spekulasi ini terus berlaku dengan tindakan diam Dr Mahathir mengenai tuduhan beliau adalah broker kuasa yang mahu Najib meletakkan jawatan sebelum PRU 13. Tekanan ini semakin ketara dan pendedahan demi pendedahan mengenai Rosmah yang dilakukan diberitakan akan terhenti sebaik sahaja Najib meletak jawatan.

Spekulasi ini terus berlaku dan BN/UMNO terus menjadi mangsa pada setiap pendedahan ini. Adakah benar BROKER KUASA ini merasakan UMNO akan selamat dengan Najib meletak jawatan? Penjelasan perlu dan isu pendedahan Deepak ini perlu disangkal atau UMNO akan terus berdepan dengan isu yang akan menghancurkan BN secara keseluruhan. 

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1896&Itemid=58#JOSC_TOP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.