`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 5, 2013

MAMPUKAH PEMBANGKANG TERAJUI SABAH?



KOTA KINABALU : Kewibawaan pembangkang untuk menerajui Sabah dipersoalkan kerana sehingga kini mereka gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan, kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata pakatan pembangkang juga tidak mempamerkan semangat perpaduan dan kesefahaman yang mantap antara mereka.
Katanya sejak akhir-akhir ini, tindakan dan ucapan pakatan pembangkang menunjukkan Kabinet bayangan mereka menonjolkan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Menteri.

"Baru-baru ini, beliau (Lajim) telah membuat beberapa 'Big Statement' di muka-muka dada akhbar dan komen yang memihak kepada Pakatan Rakyat walaupun beliau tidak menjadi ahli mana-mana parti pembangkang melainkan pengerusi sebuah movement (Pertubuhan Pakatan Perubahan Rakyat)," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno Sabah di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak menilai prestasi dan keberkesanan Lajim yang pernah memegang beberapa jawatan penting semasa dalam kerajaan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.