`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 2, 2013

Melayu Bersatu Untuk Amar Makruf



Pemimpin UMNO ada skim cepat kaya lebih hebat dari skim Pak Man Telo. Sebab? Sebab kalau mereka buat, tidak akan dapat ditangkap. Kecuali kerajaan bertukar dan semua kontrak, semua perjanjian, IPP, lesen pelabuhan, lapanganterbang, lesen ASTRO, lesen TV, lesen Celular, dikaji semula.

Kita kena teliti dan periksa dan lihat sama ada, harga tender, harga kontrak, harga pembelian diUMNOkan. Maka tahulah kita, zikir harian UMNO ialah- wa haramun kalau makan sorang, wa halalun kalau kongsi sama.

Itu sebab nya, kos pembinaan PLUS dari RM3 bilion jadi RM6 bilion. Dan setelah kutipan tol dan pampasan sudah melebihi RM20 billion, lesen untuk kutip tol masih disambung oleh puak UMNO. Demikian juga, harga kapal selam – kita tidak akan tahu harga sebenar sehingga kerajaan baru ambil alih. Yang kita tahu bab komisyen sahaja sudah RM500 juta lebih. Kita tak tengok lagi pembelian RM7 billion kereta perisai yang diberi kepada Syed Mokhtar- lelaki Melayu yang satu dan terakhir di Malaysia. kita tak tengok lagi pembelian pesawat2 dari Rusia, pembinaan bot patrol laju dari zaman amin shah omar shah sehingga zaman BastardBoustead Holdings.

Jika sebuah kereta APC yang DYMM Sultan Johor beli hanya RM150,000 harga yang KEMENTAH beli ialah RM650,000. Ertinya, diUMNOkan harga nya RM500,000 setiap satu. Kalau beli 500 buah?

Bangsa Melayu- lihatlah bagaimana para pemimpin UMNO sapu bersih. Mereka cekap menyapu harta benda negara, amanah dalam menyimpan rahsia samunan, bersih membalun wang. 1 malaysia mereka yang punya, rakyat di ketepikan. Bolehkah kita percaya bila Najib melaung dan melolong Hidup Melayu? Yang mematikan Melayu ialah parti kamu. UMNO hari ini bukan UMNO dulu. Pembangkang hari ini, bukan pembangkang dulu.

Bila keadaan sesak, barulah UMNO mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu agama Islam dan Raja Melayu. Semua perkara ini tidak memerlukan UMNO melindungi nya. Rakyat melalui kerajaan yang baik yang menjamin keselamatan kita. Kerajaan yang baik yang menghukum mengikut rule of law. Kerajaan yang baik yang mendukung perlembagaan Malaysia.

kalau raja Melayu rasa terancam, sudah tentu mereka akan menyatakan apa yang perlu dinyatakan. Apa- raja2 Melayu tidak ada mulut dan suara? Raja Melayu tidak ada orang yang pandai? Apa jadahnya, raja2 Melayu memerlukan matlaon UMNO untuk bercakap bagi pihak mereka? Tidakkah malu besar raja2 Melayu kalau yang bercakap bagi pihak mereka ialah orang macam Ibrahim Ali? Orang Pahang kata- sempuas( dengan loghat Pahang) mulut Ibrahim Ali nak bercakap bagi pihak raj2 Melayu.

Malu kita kalau orang UMNO nak bercakap bagi pihak Islam. Mengikut pengalaman saya, orang UMNO hanya bersaing hendak jadi pengerusi surau dan masjid. Menjalankan program mereka semua lari. Ahli UMNO tak suka ke surau dan masjid kecuali kumpulan yang kecil. Semasa saya jadi Ketua Penerangan UMNO Pekan dahulu, bila kita jalankan aktiviti berpusat pada masjid dan surau- orang UMNO mengejek bukan menyokong.

Malu kita jika survival dan kesinambungan hayat bangsa kita dibicarakan oleh golongan pelampau. Saya malu jika yang nak bercakap bagi pihak orang Melayu ialah orang mcam Ibrahim Ali. Atau yang nak bercakap bagi pihak kita ialah sekumpulan bekas tentera yang melondehkan seluar mempamirkan punggung mereka. Malu orang Melayu kalau jurubicara mereka ialah pelampau yang membaling batu, yang menyimbah cat, yang mengkasari Melayu lain yang mempunyai pandangan bertentangan dengan UMNO. Bukan Melayu UMNO sahaja yang Melayu.

Saya sudah nyatakan banyak kali- Melayu sudah pun bersatu yakni bersatu mahu menumbangkan UMNO yang rasuah dan sudah tidak membela orang Melayu.

Najib bukanlah pemimpin yang kita boleh percaya. Hari ini dia bercakap mengenai orang Melayu yang susah, rakyat yang mesti dibela- dibelakang dia bercakap bagaimana mahu membalun harta benda rakyat.

Janganlah kita hiraukan pemberita yang menyanjung dan memuja Najib. Apa mereka tahu? Mereka bukan pernah jadi ahli UMNO. Mereka tidak kenal sifat semula jadi dan jiwa2 yang penuh mengharap terdiri dari 3 juta ahli UMNO dibawah sana. Mereka hanya bergeseran bahu dengan segelintir pemimpin UMNO yang merompak khazanah negara.

Mereka hanya harimau2 yang dibuat daripada kertas yang membina career membentuk metos mengenai kehebatan mereka ketika,masyarakat tidak boleh menjawab apa yang mereka tulis. Bila kita selidik keadaan minda mereka yang sebenar, standard pemikiran mereka- maka tahulah kita mereka hanyachou kou tuan2 mereka- anjing2 buruan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.