`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 29, 2013

Only in Malaysia : Tayar Untuk Disewa Harian (Sehari RM300) Untuk Tujuan Pemeriksaan JPJ dan Puspakom!!!


https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRQsKgy1JCjBmR8NXlXimm0utuRgolKWURIFdHAsY5RgLnkcgTWcg 
Kos menyewa tayar untuk sehari ialah RM300. Selepas pemeriksaan dan diluluskan, tayar ini dipulangkan semula.
ExPet 
Beberapa hari lepas, semasa sedang menunggu isteri yang sedang berurusan di dalam bank, saya mengunjungi booth jualan kereta Toyota yang dibuka di hadapan bank tersebut. Saya dijemput duduk oleh pegawai jualan. Untuk memujuk saya membeli kereta Toyota, pegawai jualan tersebut memberitahu saya, "Ini model Avanza fully-imported, CBU (completely built-up) dari Indonesia. Bukan macam model dulu yang dipasang di sini (Malaysia)". "Ini model Hilux pun fully importedCBU dari Thailand", boss beliau pula menyampuk.

Saya rasa kalau senario ini berlaku 15 tahun lepas, kemungkinan besar pegawai jualan tersebut tidak akan memberitahu saya yang model Toyota tersebut diimpot dari Indonesia dan Thailand. Boleh jadi beliau mendiamkan diri mengenainya atau pun menipu saya dengan memberitahu kononnya model Toyota tersebut dipasang di Malaysia. Adakah anda sedar atau perasan, 15 atau 20 tahun lepas, pemimpin politik kita kerap menyebut nama-nama negara di rantau ini seperti Indonesia dan Thailand untuk dijadikan sebagai perbandingan supaya rakyat bersyukur dengan nikmat sebagai menjadi warga Malaysia. Tetapi pada hari ini, nama-nama negara yang disebut pemimpin kita untuk tujuan tersebut semakin jauh dan asing - Palestin, Mali, Chad dan sebagainya.

Semasa minum di sebuah restoran dengan seorang kawan lama, tiba-tiba seorang lelaki keluar dari kereta BMW model terbaru dan masuk ke dalam restoran untuk membeli makanan (take-away). Beliau datang ke meja kami dan bersalaman dengan kawan saya. Selepas makanannya siap dibungkus, beliau masuk ke dalam kereta dan pulang. Ingin tahu, saya bertanya kepada kawan saya ini, siapakan itu dan apa bidang kerjanya? Sambil ketawa kecil, beliau memberitahu kawannya itu membuka bisnes menyewa tayar untuk lori, bas sekolah dan pengangkutan awam yang sudah ditemujanji untuk pemeriksaan oleh JPJ dan Puspakom. Kos menyewa tayar untuk sehari ialah RM300. Selepas pemeriksaan dan diluluskan, tayar ini dipulangkan semula.
Saya meminta maaf kepada pengendali kenderaan awam sekiranya pendedahan saya ini bakal menyusahkan hidup anda. Mengenali cara kementerian dan jabatan berfungi, saya menjangkakan satu undang-undang baru yang akan menyusahkan anda bakal diperkenalkan, iaitu anda dikehendaki menunjukkan resit sebagai bukti pembelian tayar lori atau bas anda. Setiap kali membeli tayar, anda mesti menyimpan resit ini untuk dibawa bersama dengan lori dan bas semasa pemeriksaan. Resit ini akan dicop supaya ia tidak boleh dipinjamkan kepada pemilik lori dan bas yang lain.

Saya tidak mahu membuat apa-apa cadangan idea kepada kerajaan, cuma saya mahu mengajak anda bertanya kepada diri sendiri. Kenapa rakyat Papua New Guinea dan rakyat Thailand menukar tayar lori dan bas mereka tanpa dipaksa oleh kerajaan? Kenapakah di negara yang GDP per capitanya lebih rendah daripada kita pun bas sekolah mereka baru dan baik, dan bukannya macam bas sekolah di negara kita yang kebanyakannya adalah bahagian-bahagian bas lama yang telah di-cannibalised.

Persoalan besar ini tidak boleh dijawab dan dirungkai dengan hanya merujuk kepada perkara umum seperti korupsi, penyalahgunaan kuasa, tiada demokrasi dan sebagainya. Jika Pakatan Rakyat mengambil alih negara sekalipun, jika perubahan yang dilakukan kepada negara hanyalah seperti perubahan yang dilakukan di Selangor, Kelantan, Penang dan Kedah, situasi yang sama tetap juga akan berterusan. Walaupun badan kehakiman bebas, walaupun kita mempunyai pihanraya kerajaan tempatan, walaupun tiada ketirisan dana, perkara di atas akan tetap juga berlaku jika Pakatan Rakyat meneruskan tradisi "business as usual" ini.
Saya tidak menafikan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dana boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat, tetapi perkara terbesar yang merugikan rakyat ialah apabila kerajaan berlagak pandai dan mencampuri tangan di dalam kuasa pasaran (market forces) pada tempat yang salah. Sepatutnya kerajaan mencampuri tangan (interferedi dalam kuasa pasaran untuk menyediakan jaringan keselamatan (safety netkepada golongan tercicir dan tertinggal akibat kerakusan pasaran dan membenarkan rakyat menikmati faedah daripada persaingan di dalam pasaran. Jika kerajaan tidak menjolok tangannya ke dalam lubang pasaran ini, rakyat akan menukar tayar kereta, bas dan lori tanpa disuruh atau dipaksa oleh kerajaan. Ini kerana harga sebenar alat gantian kenderaan rendah dan semakin rendah akibat persaingan dan juga skala pengeluaran yang tinggi.

Demi untuk mengutip RM3 billion (hasil tariff, permit dan sebagainya) ke dalam dana pemerintah, kerajaan sanggup kehilangan RM20 billion nilai yang diperolehi oleh rakyat - bas sekolah baru, tayar baru, wang untuk dibelanjakan rakyat dan sebagainya. Kerajaan ini sanggup hilang RM20 bilion di dalam bentuk wang yang boleh dibelanjakan (disposable income) rakyat, bas sekolah baru di setiap pelusuk negara, keselamatan penumpang dan pelbagai faedah lagi demi untuk mendapatkan RM3 bilion untuknya. Hanya kerana RM20 billion ini masuk ke dalam poket rakyat di dalam pelbagai manfaat dan bukannya ke dalam poket kerajaan!

Saya hairan, apa sudah berlaku kepada pakar-pakar ekonomi. Dengar cerita bermacam-macam kehebatan - Oxford graduate, 4th floor, PEMANDU dan macam-macam lagi. Saya bukan graduan dalam bidang ekonomi pun dan selepas membaca buku "Economy For Dummys" sudah memadai untuk saya nampak terang lagi bersuluh kerapa sebabnya bas sekolah di negara ini buruk, kenapa rakyat dipaksa tukar tayar, kenapa rakyat terpaksa dipujuk-rayu supaya menukar kereta dengan cash rebate dan sebagainya. Inilah yang dikatakan oleh pepatah penny wise, pounds foolish. (atau bukan foolish, tetapi sengaja kerja jahat ni terhadap rakyat?).

Perkara ini tidak akan lenyap dari bumi Malaysia dengan hanya menukar kepada Pakatan Rakyat tetapi tanpa adanya suara rakyat menuntut perubahan daripada "business as usual" ini. Mana-mana kerajaan pun tidak suka hilang RM3 bilion ini. Jadi kalau tidak disuarakan, saya rasa Pakatan Rakyat juga akan keberatan untuk mengubah perkara ini.

Jika selepas pilahanraya ini, "business as usual" seperti ini masih berlaku, tidak kira BN atau PR memerintah, saya akan mempertimbangkan untuk memulakan bisnes yang mengambil keuntungan daripada kebodohan (atau kejahatan?) pemerintah, seperti menyewa tayar lori dan bas untuk sehari bagi tujuan pemeriksaan JPJ dan Puspakom. Walaubagaimanapun, itu hanya contoh sahaja sebab saya sudah mempunyai satu idea lain yang sangat bernas yang semestinya saya tidak boleh kongsikan dengan anda semua. Selepas ini saya tidak akan menulis lagi peringatan seperti ini, sebab saya sendiri akan menjejak langkah seperti sahabat kita yang membuka bisnes menyewa tayar untuk sehari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.