`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 2, 2013

OSMAN JAMAL DURI DALAM DAGING UMNO?


ALBUM...Aisah (Purdah) bergambar bersama-sama anak guamnya sejurus selepas Majlis Sidang Akhbar di Ballroom Sandakan Hotel.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

TETUAN Aisah Ahmad & company yang dilantik oleh 400 orang pemilik untuk mengendalikan kes Tanah Sungei Koyah A Fasa I, II & III Kinabatangan; menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Hj Osman Jamal sebagai mengelirukan kerana banyak fakta diputar belit.

Sebagai mengulas kenyataan media Osman yang bertajuk JTU beri jaminan tanah pekebun kecil di Koyah A tidak hilang yang tersiar di akhbar New Sabah Times pada 5 Disember 2012 antara lain isi kandungannya sebagai berikut:-
“Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah memberi jaminan kepada 400 pekebun kecil yang juga pemilik tanah Koyah A di Kinabatangan bahawa tanah mereka tidak hilang.

"Tambah pengarah itu lagi jelas Aisah ‘para pekebun kecil tidak perlu risau tanah mereka tidak akan hilang dan ia masih dalam jagaan kerajaan negeri melalui JTU.

"Menurut Osman, buat pada masa ini Jabatan Tanah dan Ukur belum mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat berkenaan (Bagusmaju) kerana terdapat 35 penduduk atau pembukaan tanah secara haram oleh bukan pemilik tanah di kawasan itu."

Berikut petikan kenyataan penuh yang dibentangkan di sidang akhbar tertutup Tetuan Aisah Ahmad & Co susulan tindakan kes tuntutan Tanah Koyah A Kinabatangan yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel petang kelmarin dengan Wartawan sebagai mengulas kenyataan Osman Jamal dalam akhbar New Sabah Times pada 5 Disember 2012.

"Tanah memang tidak hilang tapi mendapat keuntungan syarikat sebab telah membuka tanah tersebut.

"JTU melindungi tanah untuk kepentingan siapa? Syarikat? Pihak ketiga yang didakwa menduduki tanah tersebut yang jelas bukan pemilik tanah.

"Adakah JTU mahu bertanggungjawab atas kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pemilik tanah kerana memberi alasan Perjanjian Saham (Share of Agreement) tidak diperolehi sejak 1998 sehingga ke hari ini? Apa yang dilindungi dan jauh sekali kepentingan pemilik.

"Pemilik tanah membantah pemilikan ke atas tanah tersebut dibatalkan kerana mereka tidak pernah memberi kuasa kepada Abdullah Japar (Pemaju Mukim Kawasan Sukau) untuk usaha sama dengan syarikat terbabit.

"Pemilik tanah membantah dan menyatakan syarat yang dikemukakan oleh Setiausaha Hasil Bumitidak masuk akal, malah disokong pula oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) seperti tidak bernilai syarat itu yang bertentangan dengan undang-undang di bawah maksud usaha sama itu sendiri.

"Pembatalan geran untuk diserahkan kepada syarikat jelas tidak munasabah, kononnya hak pemilikan ditukar menjadi Sijil Saham (Share Certificate). Tidak ada undang-undang menyatakan hak pemilikan boleh dipinda kepada saham melainkan geran tidak dibatalkan.

"JTU sedia maklum permasalahan ini tetapi kenapa sejak dari dulu lagi tidak mahu menyelesaikan masalah ini dan apakah maksud melindungi tetapi kepentingan pihak lain yang menjadi keutamaan?

"JTU hanya satu agensi kerajaan yang menjalankan tugas berkenaan dengan pengurusan tanah di Sabah. Dalam hal ini Kerajaan negeri sepatutnya tidak boleh dibayangi oleh JTU untuk membuat keputusan, dan kerajaan negeri juga wajib menyatakan pendirianyanya dalam membuat keputusan mengenai tuntutan ini; bukan ikut telunjuk Osman Jamal yang disifatkan sebagai 'Duri Dalam Daging' di pentadbiran JTU.

"Pelbagai bukti telah diberikan tetapi JTU dan Hasil Bumi masih berpihak kepada syarikat Ferdeco dan Bagusmaju. Malah Osman Jamal banyak mengelirukan para pemilik tanah dengan pelbagai tindakan juga tidak bernilai; tuntutan pemilik juga tidak dipertimbangkan bukti bahawa permohonan pemilik yang diluluskan oleh JTU adalah melalui satu penipuan dan memperdayakan para pemilik.

"Osman Jamal juga begitu berani menyatakan bahawa sekiranya mahkamah memutus memberhentikan usahasama itu, JTU akan mengeluarkan Surat Tawaran semula; tetapi mesti ada keputusan bersama dengan syarikat dan pemilik. Ini jelas satu pertanyaan yang menunjukkan seolah-olah kuasa JTU boleh mengatasi keputusan Mahkamah dan siapa dia Osman Jamal yang tidak tahu asal usulnya?

"JTU tidak perlu perlu membazir dengan mengeluarkan Surat Tawaran semula, JTU wajib kembalikan geran yang sedia ada, tetapi telah dibatalkan atas penipuan yang berlaku.

"Kami menegaskan dengan jelas bahawa jangan kelirukan kami yang diputar belitkan oleh Osman Jamal kami mahu geran kami dikembalikan kerana kami tidak pernah membuat permohonan untuk usaha sama dengan syarikat tersebut.

"JTU jangan berlengah lagi dengan kenyataan-kenyataan yang ternyata tidak mahu membela nasib para pekebun kecil oleh itu Kerajaan Negeri buat keputusan yang telus dan bukan tunduk kepada tindak tanduk Osman Jamal.

"JTU harus peka dan dengar tuntutan pemilik yang terang-terang ditipu dan bukti diberi dan kami sekarang 100 peratus sudah hilang keyakinan terhadap pentadbiran JTU dan Hasil Bumi daripada Ketua Pengarahnya sehingga pegawai-pegawainya yang terlibat 80 peratus mengamalkan rasuah yang dilindungi oleh pihak tertentu.

"Dalam hal ini juga pihak Polis digesa menjalankan tugas dengan segera menangkap dalang-dalang penipuan ini sebelum kami mengambil tindakan drastik membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasaan Malaysia (SIPM).

"Selanjutnya SPRM dapat menyiasat latar belakang Osman Jamal apa hubungannya dengan Ferdeco dan Bagusmaju kerana menurut Pembantu Pribadi (PA) Ferdeco iaitu Puan Asmah mendakwa setiap bulan Osman Jamal pergi ke Fordeco menemui Pengarah Pengurusan iaitu Alvin Kwan dan apa urusannya sebagai Pengarah JTU; dan apa kepentingannya dengan kedua-dua syarikat berkenaan?

"Dalam hal ini pihak SPRM jangan tidur dan mesti turun padang menjalankan siasatan kerana jika pegawai rendah kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah, pihak SPRM begitu kelam kabut membuat tangkapan. Tetapi jika Pengarah JTU yang terlibat, SPRM main tutup mata."

Dalam pada itu, Aisah meminta ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin agar campurtangan mengenai kes tanah Koyah A kerana sudah terlalu parah gara-gara perbuatan Osman Jamal yang bersekongkol dengan Ferdeco dan Bagusmaju.

Senario ini jelas menyakiti hati 400 pemilik tanah tersebut dan ini akan menjejaskan sokongan mereka kepada BN/UMNO pada PRU 13 nanti.

"Kita tidak persalahkan ADUN/ADR dalam hal ini, tetapi mereka berdua turut menjadi mangsa keadaan gara-gara perbuatan Osman Jamal kerana menjadi petualang dan duri dalam daging kepada BN/UMNOdan di JTU dan harus dipecat," ujar Aisah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.