`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 7, 2013

PPRT FELCRA ALA 'KANDANG KAMBING'?




RUNTUH...Lihatlah beginilah kedaan dua buah rumah yang runtuh menyembah bumi masih menggunakan tiang 3X3 inci. Gambar sisipan Ketua Kampung, KK Mandu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MENYUSUL kejadian Rumah Runtuh di Kampung Air, di DUN Karamunting yang baru sahaja berlaku pada 19 Disember 2012 lalu yang membabitkan 19 keluarga; kejadian malang berkenaan berlaku lagi kelmarin di Kampung Lupas Meluas, Sandakan.

Dalam kejadian kelmarin, dua buah rumah PPRT yang dibina di atas air di Kampung Lupak Meluas, di DUN Sekong telah runtuh secara tiba-tiba; satu daripadanya berpenghuni dan sebuah lagi masih kosong.
Menurut pandangan rambang beberapa orang yang ditemui; rata-rata menyatakan kedudukan rumah-rumah PPRT/PBR yang dibina di atas air tidak beberapa kukuh (tegap) dari segi strukturnya.

Salah satu punca ialah kontraktor di bawah seliaan FELCRA berpengalaman dan menggunakan bahan binaan yang tidak bermutu; malah menggunakan tiang berukuran 3X3 inci tidak mampu untuk menampung beban dan struktur rumah PPRT ala 'Kandang Kambing' berkenaan.

Ketika melakukan tinjauan di tempat kejadian petang kelmarin, Sabahkini.net sempat menemui mangsa, Nispah Binti Habibullah, 42, ibu kepada 5 orang anak bersama suaminya, Adrian Terking yang bertugas di Kota Kinabalu.

Menurut Nispah, sejak dari awal lagi mereka sudah merasa ragu-ragu dan sangsi menduduki rumah yang dalam keadaan tidak selamat itu; tetapi keadaan telah memaksa diri mereka tinggal juga kerana mereka tidak mempunyai rumah tempat untuk berteduh.

Kata Nispah, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 9.00 pagi ketika mereka sekeluarga sedang bersarapan; secara tiba-tiba sahaja rumah merasa rumah mereka bergoyang dan terus menjunam ke dalam air tanpa sempat melakukan apa-apa.

TEMUBUAL...Mangsa tragedi, Nispah menceritakan kepada mengenai kejadian rumahnya yang runtuh tanpa sebab munasabah.

Jelasnya, kesemua barang dan peralatan yang berada di dalam rumah tersebut terhumbat ke dalam air laut dan tidak satupun yang boleh diselamatkan; termasuk peti sejuk, mesin basuh, meja, almari pakaian, dapur dan pinggan mangkuk.

“Kami menduduki rumah itu genap setahun. Selama ini kami hanya bertawakkal sahaja. Setiap malam tidak lena tidur kerana sentiasa berjaga-jaga dan dibayangi malapetaka. Rupanya kebimbangan kami menjadi kenyataan," kata Nispah yang bersyukur kerana tidak ada ahli keluarganya mengalami kecederaan fizikal melainkan masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Lupak Meluas Laut, Haji Mandu Hj Albab yang sempat ditemui melahirkan rasa kecewa mengenai insiden yang berlaku di kampungnya.

Katanya, kalaulah semua projek di bawah seliaan FELCRA atas lantikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) dalam keadaan begini; bukan pula memberikan kemudahan untuk keselesaan rakyatuntuk tinggal dan mendapat rumah yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Kemalangan ini menjurus kepada rasa kekecewaan rakyat yang tidak puas hati dengan rumah yang diberikan kepada mereka tidak bermutu dan tidak selamat didiami," ujar Haji Mandu yang jengkel dengan tindakan kontraktor yang hanya memikirkan keuntungan daripada keselamatan nyawa penduduk.

Dalam erti kata lain, tambah Haji Mandu, kedudukan rumah-rumah PPRT/PBR yang dibina di atas tanah (daratan) tidak sama kedudukan rumah-rumah yang dibina di atas air kerana rumah yang dibina di darat srtukturnya lebih kukuh berbanding dengan di rumah dibina di laut.

Yang menghairankan kata Haji Mandu, kenapa FELCRA tidak membuat rekabentuk yang lebih kukuh terutama tiang simen atau pelantar khas bagi mengelak rumah condong atau tumbang akibat hakisan ombak atau angin.

"Saya tidak perlu mengajar FELCRA kerana mereka mempunyai jurutera yang berpengalaman, tetapi kita kesal kerana kecuaian mereka menyebabkan rakyat susah dan terancam," kata Haji Mandu yang meminta FELCRA menghentikan segera pembinaan rumah PPRT melainkan setelah mengenalpasti punca rumah berkenaan runtuh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.