`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 6, 2013

'Satu Undi Untuk BN, Satu Undi Untuk Kebinasaan Masa Depan'


 Rakyat mengingatkan rakyat bahawa setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna "satu undi untuk kebinasaan dan kehancuran masa depan.
Kerajaan Rakyat optimis rakyat tidak akan memperjudikan lagi masa depan kepada regim zalim Umno BN, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara bagi mengangkat martabat dan kedaulatan rakyat seluruhnya.
Alhamdulillah, sekarang rakyat bertambah yakin dengan Pakatan Rakyat, undi satu untuk Pakatan Rakyat (PAS atau DAP atau PKR) adalah adalah satu undi untuk masa depan, kalau undi Barisan Nasional ( BN ), masa depan rakyat akan hancur binasa.
Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat sepertimana yang telah dibuktikan di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Kalau rakyat susah, kerajaan Pakatan Rakyat prihatin. Kerajaan Pakatan Rakyat adalah Kerajaan Rakyat. Sebaliknya kerajaan Umno BN adalah kerajaan syaitan memberi wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) hanya berniat untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Kerajaan Umno BN heboh beri RM500 kepada rakyat, pemimpin Umno BN secara senyap merompak beratus billion ringgit hak rakyat dan dana negara. Sebagai contoh, RM84 juta wang rakyat dibelanjakan oleh presidan Umno untuk menutup skandal Najib - Altantuya. RM160 juta dirasuahkan oleh Najib untuk menutup mulut Deepak daripada terus mendedahkan rahsia pembunuhan Altantuya yang diyakini Najib dan Rosmah terlibat . 
Keperitan hidup rakyat sekarang ini adalah bukti nyata kerajaan Umno Barisan Nasional telah gagal menguruskan kewangan negara dengan baik.
Malaysia di bawah pemerintahan Umno BN sebenarnya telah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain.
Ini kita dapat lihat dari segi tadbir-urus negara, sebagai contoh; agenda transformasi yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Najib telah gagal dilaksanakan, sedangkan perbelanjaan untuk mempromosikan agenda tersebut menelan perbelanjaan ratusan juta ringgit. Hal ini sama, seperti apa yang telah dibuat oleh pemimpin Umno terdahulu, Abdullah Badawi membelanjakan berbillion ringgit wang rakyat hanya untuk mempromosikan 'Islam Hadhari' yang akhirnya hilang entah ke mana!!! 
Kisah kerugian wang negara dalam pelbagai bidang bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan, ianya terbukti dengan penyelewengan seperti dalam projek NFC, rasuah kapal selam Scorpene, penyelewengan dana Petronas untuk anak Tun Mahathir, dana angkatan tentera, dan banyak lain. - Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.