`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 8, 2013

Stadium Merdeka, Hipokrasi BN terbukti


Sewaktu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Bebas (Bersih) ingin mengadakan himpunan di Dataran Merdeka, kerajaan BN di bawah Najib Razak asyik mengatakan bahawa dataran tersebut adalah tidak sesuai untuk diadakan himpunan tersebut sambil menawarkan sebuah stadium sebagai tempat alternatif untuk pihak penganjur Bersih bagi mengadakan himpunan mereka dengan alasan stadium adalah lebih selamat dan tidak menganggu lalulintas ataupun "keselamatan orang ramai".

Akan tetapi, pada hari ini, apabila Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat, pihak kerajaan BN seakan-akan tidak mahu memberikan kebenaran kepada pucuk pimpinan Pakatan untuk mengadakan himpunan di dalam stadium berkenaan.

Ini jelas menunjukkan sikap berpura-pura pihak BN di dalam "agenda demokrasi" yang sering dijuarainya itu. Apabila Bersih ingin mengadakan himpunannya di kawasan lapang, BN tidak membenarkan himpunan tersebut atas "sebab-sebab keselamatan" dan menawarkan sebuah stadium untuk mereka berhimpun. Mula-mula kata stadium boleh, tetapi kini sudah tidak boleh lagi.

Apakah sebenarnya alasan BN untuk tidak membenarkan Stadium Merdeka itu digunakan untuk satu himpunan? Kerana himpunan tersebut adalah anjuran sebuah pakatan pembangkang? Seorang pegawai stadium yang enggan namanya didedahkan mengatakan bahawa Stadium Merdeka tidak sesuai untuk digunakan untuk aktiviti atau himpunan berunsur politik, tetapi kenapa pula pihak pengurusan stadium membenarkan aktiviti dan himpunan anjuran BN diadakan sebelum ini? Ini jelas satu hipokrasi BN yang sememangnya tidak dapat diterima rakyat jelata.

Kalaulah BN itu betul-betul "jaguh demokrasi" seperti yang didakwanya, kenapa takut parti-parti pembangkang menggunakan tempat-tempat awam untuk berhimpunan? Kenapa takut tempat-tempat awam ini "disalahgunakan" dan apakah yang dimaksudkan BN itu sebenarnya?

Memang tidak ada alasan yang cukup munasabah di dalam keengganan pihak BN untuk membenarkan pihak lawannya untuk menggunakan tempat-tempat awam untuk mengadakan aktiviti ataupun apajua himpunan. BN kini takut kerana pihak pembangkang telah semakin mendapat sokongan daripada rakyat jelata dan takut bahawa mesej daripada pihak pembangkang akan sampai terus kepada rakyat jelata.

Jikalau begitu, bagaimana BN dapat membuktikan yang mereka telah menjadi semakin kuat? Kalaulah mereka telah menjadi semakin kuat, kenapa pula takut akan pengaruh pembangkang dan enggan membenarkan mereka menggunakan tempat-tempat awam untuk berhimpun?

Apapun alasan yang diberikan BN itu semuanya tidak masuk akal. BN masih berkuasa, oleh kerana itulah mereka berkuasa untuk menghalang mana-mana pihak untuk memperluaskan pengaruh mereka. Tetapi BN telah lupa bahawa media internet telah lama mengambil-alih peranan media-media massa tradisional. Apa yang telah disekat oleh media-media massa tradisional kini telah disebar luas oleh media internet.

Apa yang ada pada BN sekarang kesemuanya adalah suatu hipokrasi, seakan-akan mereka semua ini masih seperti "katak di bawah tempurung". Wahai BN, sedarlah daripada segala-gala mimpi mu!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.