`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 1, 2013

Sultan Johor kalau free, pergilah pantau. Jabatan Agama Johor Cuai.. !!


Kubur penggerang
KUALA LUMPUR 1 Jan : Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mendedahkan, kontraktor yang terlibat memindahkan kubur di Pengerang ‘menanam’ mayat dalam liang lahad sedalam 15 inci sahaja.
Malah, pihak berkuasa agama Johor, Jabatan Kesihatan, Polis, ketua dan imam kampung tidak memantau kerja pemindahan, kata Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman dalam facebooknya semalam.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Rengit dan aduan kepada pihak berkuasa agama Johor agar kerja mengorek kubur dan memindah mayat dihentikan serta merta.

“Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru di Plot PTD 54492 dekat Punggai dalam keadaan becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang ditanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!
“Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau NGO Pengerang diketuai Zaaba (Abdul Samad),” kata Mazlan.
Jelasnya, lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.
“Kita akan dedah pembohongan kontraktor dan menggesa hentikan sama sekali kerja gila mengorek dan memindah semua tanah perkuburan,” kata Mazlan yang kesal dengan kejadian tersebut.“Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawapan balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!
- Warta Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.