Halatuju sebenar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam industri teksi “terserlah” pada Majlis Ramah Mesra bersama pemandu teksi yang diadakan di pejabatnya di KL Sentral pada 21/01/2013 yang lalu.
Menerusi kenyataan akhbar Pengerusi SPAD yang masih mengkaji isu permit individu, harapan pemandu teksi untuk memilikinya menjadi hancur berkecai sama sekali, walaupun ianya pernah dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri.
Menerusi kenyataan akhbar Pengerusi SPAD yang masih mengkaji isu permit individu, harapan pemandu teksi untuk memilikinya menjadi hancur berkecai sama sekali, walaupun ianya pernah dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri.
Walaupun tidak di jemput, Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dihujani dengan rungutan dari ‘rakan-rakan’ Pengerusi Persatuan serta Koperasi yang turut serta dalam majlis tersebut. Rata-ratanya tidak bersetuju akan ‘berita baik’ dari Pengerusi SPAD itu.
Bagi BBPTB, Tan Sri Hamid Albar cuba ‘memadam’kan beberapa perkara penting dalam membuat pertimbangan, antaranya :-
Pada program TR1MA di Bukit Jalil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada berkata, ”Saya tidak suka mendengar syarikat ada banyak permit. Saya akan beri permit kepada individu”.
26/06/2012, CEO Azhar Ahmad dilaporkan berkata, “SPAD akan merangka sistem pemberian permit kepada individu supaya kebajikan pemandu teksi terjamin”.
27/06/2012,Tan Sri Hamid Albar sendiri dilaporkan berkata, “Model Baru iaitu pemberian permit individu tidak jejas operator(Pengusaha) sedia ada”.
24/10/2012, Datuk Ahmad Maslan semasa menjawab soalan S.Sivarasa di Parlimen dilaporkan berkata, “SPAD akan tarik semula Surat Tawaran Kelulusan (STK) 6,602 permit untuk diberi kepada individu yang sedang pajak teksi dari syarikat”.
Mungkin Pengerusi SPAD menganggap bahawa semua janji itu merupakan ‘janji yang tak perlu ditepati’ kerana baginya, yang penting didalam industri teksi adalah Pengusaha Teksi sahaja. Kebajikan pemandu teksi cukuplah sekadar janji manis, jamuan makan, ‘sedekah’ payung serta topi pada majlis setahun sekali seperti itu. Sama macam ‘beri coklat kepada budak-budak’.BBPTB merasakan, mungkin 500 pemandu dari Persatuan/Koperasi Teksi yang hadir itu sudah selalu diperbodohkan oleh SPAD.
Namun 79,000 lagi pemandu teksi diluar sana, sedang memerhatikan apa yang sedang dan sudah SPAD lakukan terhadap industri ini.BBPTB percaya senario sekarang amat mengecewakan mereka. Pengerusi SPAD sekarang tidak boleh digantung harapan dalam hal-hal berkaitan kebajikan warga pemandu teksi seluruh negara, selain dari terus menjadikan pemandu sebagai korban ‘penghambaan moden’.BBPTB berpandangan, dalam konteks negara Malaysia ini, SPAD telah menganiaya 79,571 warga pemandu teksi yang juga merupakan warganegara.
Dan dalam konteks bangsa pula, warga pemandu teksi yang majoritinya adalah Melayu dianiaya, dinafikan hak serta ditindas oleh pemimpin dari bangsanya sendiri. Itu yang paling malang serta memilukan sekali.BBPTB pernah menyarankan agar Pengurusan Industri Teksi (termasuk Tan Sri Hamid Albar) supaya mengubah mentaliti 70-80an kepada menteliti millenium jika tidak mahu industri ini menjadi bahan ‘lawak jenaka’ khalayak tempatan mahupun pelancong asing.
Mentaliti berjanji manis dahulu dan kemudian menipu sebegitu rupa tidak lagi boleh diterima-pakai dalam era dunia tanpa sempadan ini, sudah ketinggalan zaman. Tan Sri Hamid Albar perlu ingat, ramai pelancong asing ketika ditanya pemandu teksi mengapa gemar datang ke Malaysia, dengan sinis mereka menjawab, “Your country is very funny”.
Amran Jan
Pengerusi
Badan Bertindak Pemandu Bermeter (BBPTB)
-addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.