`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 7, 2013

TINDAK TANDUK DIPERHATIKAN RAKYAT




PERJUANGAN..... Azizah bersama barisan jawatankuasa pilihanraya Umno PDM Limbanwang di Beaufort merakam kenangan perjuangan.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan semua jentera parti di sini agar sentiasa membuat pendekatan bijak dalam sebarang tindakan mereka kerana rakyat akan memperhatikan dan membuat penilaian.

“Kepada pemegang jawatan berhati-hatilah dalam tindak-tanduk kita sebagai pemimpin, kerana rakyat akan melihat kita. Kita mestilah membuat pendekatan bijak untuk menawan hati rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bilik Gerakan Pusat Dearah Mengundi Umno-BN (PDM) Limbawang A di sini kelmarin.

Hadir sama, Setiusaha Umno Bahagian Beaufort, Jali Nudin; Ketua Daerah Dun Klias, Wong Sameh; Ketua Daerah Mengundi, Junsin Basrin.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut meminta agar semua barisan jawatankuasa PDM itu bekerja dengan ikhlas dan taat setia kepada perjuangan parti bagi memastikan kemenangan dal PRU-13 nanti.

“Kita mesti bekerja keras dengan taat dan setia kepada parti. Kita tidak mahu ada gunting dalam lipatan,” katanya sambil menyatakan keyakinannya bahawa BN Beaufort akan mencapai kemenangan dalam PRU-13 nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.