`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 26, 2013

Warga Kastam Dapat Insentif Setengah Bulan Gaji

kastam
PUTRAJAYA: Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan.
Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini, katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata insentif khas itu akan diberi minggu ini.
Tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011 iaitu meningkat 26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding 2010.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yakin insentif khas berkenaan akan memberi motivasi dan rangsangan kepada warga kastam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas keperihatinan dan kepekaan memberikan setengah bulan gaji sebagai insentif khas untuk tahun ini, sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab kita," katanya.

Menurut Khazali jabatan itu akan tersu melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan hasil termasuk memberi fokus kepada verifikasi harga barangan pengilang tempatan; melaksanakan operasi melesenkan pengilang-pengilang dan syarikat yang tertakluk kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Kastam juga akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mencegah penyeludupan barangan dan perdagangan tidak sah, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.