PADA AKHIR BULAN MAC 2013 INI MAKA GENAPLAH 2 TAHUN SAYA BERADA DIPERANTAUAN MENINGGALKAN NEGARA MALAYSIA YANG SAYA CINTAI DISEBABKAN OLEH KONFLIK PERIBADI DENGAN SULTAN IBRAHIM JOHOR.
SAYA MEMANG TIDAK PERNAH BERCADANG UNTUK TINGGAL DI LUAR MALAYSIA, NAMUN APABILA BERKONFLIK DENGAN SEORANG SULTAN YANG MEMPUNYAI REPUTASI "GANAS"sebagai kaki pukul, kaki gaduh, dan pernah melakukan banyak jenayah-jenayah sama yang pernah dilaporkan di Parlimen dan juga di berbagai-bagai media sama ada di dalam dan di luar negara. Saya telah beberapa kali berbincang dengan kedua ibubapa saya tentang hasrat untuk kembali ke tanah air bagimembersihkan nama saya dari fitnah-fitnah dan tuduhan-tuduhan palsu yang direka secara terancang oleh pihak tertentu.
Pada bulan Mac 2012, saya telah berjumpa dengan seorang pemimpin yang sebelum ini telah berjaya meminda Perlembagaan Negara dengan menarik dan membatalkan imuniti raja-raja pada tahun 1994. Krisis Perlembagaan pada masa itu sangat hebat dan sangat sukar untuk melaksanakan Pindaan Perlembagaan tersebut. Saya telah dinasihatkan oleh kedua ibubapa saya dan juga beberapa pemimpin tertentu termasuk juga pemimpin yang saya telah berjumpa dengannya pada bulan Mac di London, antara nasihat mereka ialah.....
.....jangan balik dahulu bersabarlah, tunggulah masa yang sesuai....memang sukar untuk mendapat keadilan di Malaysia jika bermusuhan atau berkonflik dengan seorang Sultan atau pun mana-mana kerabat diraja....mereka meminta saya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan janganlah sia-siakan bakat dan ilmu yang ada....dimana sahaja di muka bumi Allah ini kehidupan boleh diteruskan dengan jayanya tidak semesti hidup di Malaysia...ramai anak-anak Melayu telah berjaya di perantauan...mereka juga mengingatkan saya, jika saya balik tentu banyak "perkara-perkara" yang tidak "disangka" akan terjadi kepada diri saya, termasuklah dakwaan-dakwaan palsu, tahanan reman yang berulang-ulang, dan mungkin akan terjadi"kemalangan yang terancang" pada diri saya dan keluarga...."
INILAH antara perkara-perkara yang telah disampaikan dan dinasihatkan kepada saya. Walaupun hati saya memberontak untuk segera balik dengan berani yang mana di dalam hati kecil saya percaya apabila saya balik ke Johor, akan dikenakan beberapa tuduhan-tuduhan palsu jenayah yang dirancang walaupun jenayah itu tidak pernah saya lakukan. Mungkin juga Akta Hasutan dan beberapa Akta-Akta lain yang berkaitan akan digunakan untuk menyekat, menakutkan, melambatkan menggentarkan diri saya dari terus meneruskanPERJUANGAN saya untuk menegakkan Keadilan yang sangat sukar dicapai oleh rakyat biasa.
Inilah kenyataan di Parlimen tentang Penjenayah VVIP yang dilindungi.
Allegations of criminal misconduct
Occasional reports of alleged criminal misconduct from the 1980s onwards marred Tunku Ibrahim's reputation somewhat, albeit to a much lesser extent than his father, Sultan Iskandar, whose past actions had received considerable attention from mainstream media.[30] In the 1980s, he was convicted of shooting dead a man in a nightclub during a feud, but was quickly pardoned.[31][32]
In late 1992 to early 1993, Tunku Ibrahim also experienced fallouts of the Gomez Incident–in which his father and younger brother, Tunku Majid were accused of two separate but related incidences of assault which provoked a moral outrage nationwide and ultimately resulting in constitutional amendments allowing members of the royalty to be prosecuted for criminal wrongdoings. During that period of time, the press, which was supported by the Malaysian government, launched a series of vociferous press reports on the history of alleged incidences of royal wrongdoings,[33] of which parliamentarians highlighted that Tunku Ibrahim had been convicted in at least two cases of assault in the 1980s.[34] This included a victim who was allegedly assaulted by Tunku Ibrahim, Rahim Mohd Nor, who went so far as to describe his assault experience as an act of sadism by Tunku Ibrahim.[35]
In March 2005, a member of the Malaysian royalty allegedly assaulted a young woman by the name of Yasmin with whom he accused of two-timing him with another policeman.[36] The victim's father, Mohd Yasin, later lodged a police report which claimed that the assault culprit was Tunku Ibrahim, the Tunku Mahkota of Johor.[37]
http://en.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Ismail_of_JohorBEBERAPA BLOG LAIN UNTUK DIRENUNGKAN KEBENARANNYA
........another Tyrant in the making
ADIK PREBET ADAM MANGSA KEZALIMAN?
Sultan of Johor and The Death Sentence
Bagaimanakah kudrat seorang rakyat hendak melawan seorang seorang Sultan, jika dia masih mempunyai kuasa pengampunan untuk menutup jenayah-jenayah Istana? Banyak jenayah yang telah dilakukan oleh pihak Istana dilapurkan namun lapuran-lapuran tersebut tidak "kemana" dan hanya bagai suatu cerita sedih yang berlaku tetapi tiada penyelesaian serta pengakhirannya.
Kita lihat bagaimana di Parlimen pada tahun 1993, beberapa jenayah-jenayah rogol oleh Sultan Ibrahim didedahkan tetapi tiada apa-apa susulan pendawaan yang telah dibuat terhadapnya....Kenapa ya?
Kalau Kerabat Diraja melakukan jenayah yang jelas, dia masih dianggap "MULIA" walaupun sepatutnya dia duduk merengkok di dalam penjara atas segala jenayahnya.
Dimanakah silapnya Sistem Pemerintahan Negara kita pada hari ini?
Penjenayah VVIP menjadi Perasmi Bangunan Penguat Kuasa Undang-Undang?
GAMBAR HANYA HIASAN |
Kenapa Penjenayah VVIP ini dilepaskan sedangkan rakyat biasa jika mereka melakukan kesalahan akan didakwa dengan berat. Manakah konsep "No one is above the law" di Malaysia?
Dimanakan Natural Justice?
Siapakah yang berani bersuara tentang perkara ini?
S I A P A ????????
APAKAH saya yang bermusuhan dengan Sultan Johor akan selamat? Sedangkan Sultan Johor yang banyak lakukan kesalahan jenayah kenapa dia tidak disiasat atau didakwa?
Kenapa laporan-laporan palsu dan lemah yang dibuat terhadap saya diberi perhatian serius untuk diambil tindakan, sedangkan penjenayah sebenar dijemput menjadi jemputan VVIP merasmikan bangunan-bangunan yang mulia untuk kegunaan Agensi Penguat Kuasa Undang-Undang?
INILAH persoalan yang sentiasa bermain difikiran saya, adakah saya akan mendapat siasatan dan perbicaraan yang adil jika saya balik ke Malaysia. Cuba bayangkan bagaimana Agensi-Agensi Penguat Kuasaan Undang-Undang boleh menjalankan tugas secara bebas serta bertindak dengan adil terhadap Rakyat, jika wujudnya campurtangan Sultan Johor di dalam urusan Pentadbiran Agensi tersebut.
Salah satu dari puluhan contoh adalah apa yang telah berlaku pada tahun 2011, yang mana Perlantikan Pengarah JPJ Johor tidak disenangi dan tidak dipersetujui oleh Sultan Johor. Sultan Johor telah meminta Pengarah yang baru melapurkan diri bertugas, saudara Khairul dikeluarkan dari Negeri Johor dan tidak bertugas sebagai Pengarah JPJ Negeri. Pada masa itu Sultan Johor semasa berbual dengan saya memberi alasan bahawa dia tidak mahu Khairul bertugas sebagai Pengarah JPJ Johor kerana Khairul adalah seorang pegawai kerajaan yang bijak dan "lurus". Dia takut untuk menerimanya bertugas di Johor disebabkan sebelum saudara Khairul bertugas sebagai Pengarah JPJ Johor, beliau pernah menjawat jawatan di MITI dan juga bertugas sebagai Setiausaha kepada Timbalan Perdana Menteri. Apabila mengetahui biodata dan pengalaman saudara Khairul yang dilapurkan oleh kuncu-kuncu Sultan yang bekerja di JPJ Johor bahawa di dalam satu perbincangan tidak rasmi, Khairul pernah bertanya tentang kedudukan AP kenderaan-kenderaan yang dimiliki oleh Sultan Johor. Untuk pengetahuan semuaMITI adalah Kementerian yang bertanggungjawab bagi pemberian AP, jadi Khairul adalah salah seorang yang mengetahui peraturan-peraturan dan had-had kelayakan seorang Sultan bagi mengimport kenderaan.
Sultan Johor merasa risau jika Khairul mula"membuka" hal-hal lama tentang pendaftaran segala kenderaan-kenderaan milik Istana yang telah dibuat tanpa dokumen-dokumen AP yang lengkap serta"melarikan" tanggungjawab untuk membayar duti import kenderaan yang perlu dibayar bagi kenderaan yang melebihi 7 unit bagi seorang Sultan.
Sebab kedua kenapa saudara Khairul tidak dapat diterima oleh Sultan Johor kerana beliau menyatakan kepada saya bahawa saudara Khairul pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Tan Sri Muhidin Yassin, yang mana dia masih teringat "sejarah lama" sewaktu krisis Perlembagaan tahun 1993, Tan Sri Muhidin sangat lantang bersuara mengecam salah laku Keluarga Diraja Johor pada ketika itu. Secara mudahnya Sultan Johor takut Khairul akan menjadi"spy" kepada Tan Sri Muhidin dan melebih-lebihkan ahli-ahli politik jika berlaku konflik diantara Istana dengan kerajaan dimasa akan datang.
Kasihan saya melihat kepada saudara Khairul yang hanya dapat berpindah duduk dalam masa yang singkat beberapa minggu sahaja sebagai Pengarah JPJ Johor. Dia diarah berpindah keluar dari Jabatan tersebut. Kasihan juga keluarga Khairul yang mana isterinya seorang peguam yang bertugas di Johor yang amat mengarapkan dapat tinggal sebumbung sekeluarga namun disebabkan "sangka buruk" Sultan Johor terhadapnya dia tidak dapat meneruskan hasratnya.
Jika Ketua Jabatan sebuah Agensi Penguat Kuasaan boleh diperlakukan begitu, bagaimanakah saya boleh mendapat keadilan jika Pentadbiran Agensi Kerajaan"diganggu" oleh Sultan Johor.....hmmmmm.....susah saya nak dapatkan keadilan di Johor. Saya "risau" mana-mana pegawai yang mahu bertindak adil di dalam isu saya akan "ditekan" atau dipindahkan.
Mungkin pembodek-pembodek Sultan beranggapan saya pengecut kerana tidak mahu balik ke Malaysia.TETAPI jawapan saya sebenarnya yang "pengecut"bukanlah saya tetapi Sultan Johor kerana dia "tidak membenarkan" Agensi-Agensi Penguat Kuasaan Undang-Undang menjalankan tugas dan siasatan dengan bebas dan tanpa campur tangan dan pengaruh darinya.
Jika dia benar-benar berani dan bukan seorang pengecut dia tidak perlu "bersembunyi" di belakang Agensi-Agensi ini. Sepatunya Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia hendaklah dihormati.
(...seloka......"sebenarnya apabila saya mendengar baru-baru ini kenyataan oleh Sultan Johor bahawa membuat tuduhan secara umum wujudnya blogger-blogger pengecut yang bersuara dari luar Negara, ingin saja saya menulis di blog saya pada ketika itu untuk mencadangkan kepada Sultan Johor, kalau dia bukan seorang pengecut dan benar-benar "Anak Jantan" apa kata kita berdua bertumbuk digelangang yang bebas
tiada polis, tiada gangster, tiada JMF, tiada komando dan tiada pihak-pihak lain membantu sehingga kami puas hati kalah menang bertarung secara adil....inilah baru berani BUKAN PENGECUT...inilah Permainan Anak Jantan....jangan bersembunyi disebalik jawatan dan kuasa....."
Agak-agaknya Selamatkah saya jika balik ke Negeri Johor untuk membuat keterangan bagi membersihkan nama saya?
Berikut ini adalah contoh-contoh yang jelas bagaimana isu keselamatan menjadi persoalan saya. Di dalam balai polis di tengah-tengah bandar Johor Bahru di hadapan Pegawai Penyiasat semasa seorang sedang membuat keterangan dia telah diserang dan dipukul dengan besi sehingga cedera dengan teruk di dalam kehadiran Pegawai Polis.
Member of Johor royalty charge with assult
The accused had also allegedly hit Tunku Alam Shah's right leg using an iron rod in investigating officer C/Insp Mohamadden Bujang's office at Central Police station an hour later.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/10/26/nation/20071026195816&sec=nation
http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.co.il/2013/02/semua-polis-johor-dalam-tangan-aku-kata.html
I have knowledge of several incidents not favoring the complainant or the witness or when someone that the palace is of the view has crossed the line. One which I will disclose here is the incident where the Investigating Officer, Inspector Fahmi who was physically fit in the morning when he appeared in court but later in the afternoon with swollen eyes after being beaten by people from the Palace.
http://jalanpulang1978.blogspot.ae/2012/07/lagi-pendedahan-kerenah-kerabat-johor_10.html
http://sloone.wordpress.com/2007/04/01/woman-allegedly-assaulted-and-threatened-by-johor-crown-prince/
The incident that involves the Negeri Sembilan royalty in 2008 is another example how powerful the Johor palace is. The people involved in the making the Johor royalty escaped the punishment now, those who gave instructions, those who tempered and destroyed the evidence, knew what really happened. You can lied now but you know very well what happened and you will be punished when your time come.
Entahlah siapakah yang berani memberi jaminan keselamatan bahawa jika saya balik saya akan mendapat layanan yang adil mengikut undang-undang dan keselamatan saya terjamin.
Berbagi ugutan-ugutan telah saya terima semenjak dari tarikh kemangkatan ayahandanya, Sultan Iskandar. Ini adalah youtube yang telah disiarkan apabila ugutan menjadi sangat serius.
Beberapa laporan balas telah dibuat oleh pihak saya namun sehingga hari ini saya masih menunggu hasil siasatannya.
TUDUHAN-TUDUHAN PALSU TERHADAP SAYA.
"LINK YANG MESTI DIBACA"
PART 58 - SIAPA SEBENARNYA BERDENDAM KESUMAT DENGAN KAMAL HISHAM?
http://uncleseekers.blogspot.ae/2012/07/sultan-johor-atau-kerabatnya-part-58.html
PART 60 - PEGUAM KAMAL HISHAM JAAFAR JAWAB KESEMUA SOALAN AKU
http://uncleseekers.blogspot.ae/2012/07/sultan-johor-atau-kerabatnya-part-60.html
PART 61 - BENARKAH KAMAL HISHAM BAWA LARI RM60 KE LUAR NEGARA?
http://uncleseekers.blogspot.ae/2012/07/sultan-johor-atau-kerabatnya-part-61.html
Uncleseekers documents original, says lawyer
http://www.malaysiakini.com/news/203125 - English version
http://www.malaysiakini.com/news/203137 - versi melayu
http://www.ntv7.com.my/7edition/local-en/LAWYER_DENIES_KNOWING_UNCLE_SEEKERS_ADMITS_DOCUMENTS_WERE_HIS.html
Baru-baru ini di Facebook saya, saya dengan sengaja telah mengeluarkan tauliah perlanjutan saya sebagai seorang Notari Awam. Sebenarnya bagi saya yang tinggal di luar Malaysia, pelantikkan Notari Awam tiada apa-apa makna kerana ianya di luar bidang kuasa dan tidak memberi apa-apa hasil pendapatan kepada saya. Tujuan saya mengeluarkannya kepada umum adalah untuk rakyat Malaysia mengetahui bagaimana dasyatnya jika seseorang itu bergaduh dengan Sultan Johor.
Sudah pasti perkara-perkara kecil seperti ini akan turut diganggu dengan usaha-usaha serta "hasad dengki" bagi membatalkannya. Saya memang mengetahui ianya akan dibatalkan (hampir 17 tahun saya bersama keluarga ini) sebab itu saya HANYA tersenyum apabila mendengar betapa tidak senangnya Sultan Johor apabila melihat posting tersebut. "bak kat orang tak tidur malam tak lena(hingga terpaksa makan pill tidur dengarnya...) dan makan tak kenyang". Saya sebenarnya memang telah pun diperingkat awal menulis surat dan meminta pejabat saya di Malaysia untuk berhubung dengan jabatan berkenaan supaya untuk beberapa tahun ini saya tidak dapat menjalankan tugasan sebagai Notari Awam kerana saya akan berada di luar Negara dan telah memaklumkan secara bertulis disebabkan kesibukan saya untuk melanjutkan pelajaran keperingkat Phd. TETAPI kalau memang sudah "hajat" dan hasad dengki wujud dalam dirinya untuk mencampuri atau memberi tekanan terhadap perkara-perkara sebegini "saya pun tak kisah, ada atau tiada, tiada makna pun pada saya....No big deal for me".
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
Saya mahu rakyat Malaysia melihat bagaimana reaksi Sultan Johor terhadap rakyatnya sendiri jika dia marah dan tidak puas hati.......kalau saya sebagai seorang peguam boleh diperlakukan sebegini rupa, bagaimanakah dengan rakyat biasa yang miskin dan tidak berpendidikan. Mungkin mereka "sudah habis"diperingkat awal sebelum dapat memperjuangkan apa-apa.
Ini adalah kesan jika "MENDERHAKA DAN TIDAK MHU BERSUBAHAT DENGAN SULTAN"
Sekali lagi saya ulangi, sekiranya saya mendapat jaminan siasatan dan perbicaraan yang adil, ESOK saya akan terbang balik ke Malaysia untuk membersihkan segala cerita-cerita bohong dan temberang Sultan Johor, drama-drama, sandiwara-sandiwara yang dilakukan olehnya. Saya sebenarnya tidak sabar untuk balik kerana hati saya sangat membara melihat Istana menjadi agen atau pemangkin hak-hak Melayu Islam tergadai di Negeri Johor yang tidak bertuah lagi. Jika saya balik saya akan pastikan bahawa segala penipuan-penipuan, salah laku jenayah-jenayah oleh kerabat diraja didedahkan dan diusahakan dengan gigih agar mereka dihadapkn ke mahkamah yang sesuai bagi mengadili secara adil "KEBANGSATAN MEREKA"TERHADAP RAKYATNYA SENDIRI. Sekali saya ulangi saya tidak pernah membenci Institusi Diraja sebaliknya saya mahu institusi ini "dipulihkan" dan di martabatkan ketahap yg bersesuaian.
DI DALAM MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN MENEGAKKAN HUKUM ALLAH SUDAH PASTI MENIMBULKAN KEMURKAAN ISTANA DAN SAYA INGIN BERKONGSI UGUTAN-UGUTAN YANG PERNAH SAYA TERIMA APABILA BERKONFLIK DENGAN ISTANA. NYAWA DAN KESELAMATAN SAYA MENJADI TARUHAN.
SAYA INGIN BALIK SEGERA KE TANAH AIR UNTUK BERJUANG BERSAMA RAKAN-RAKAN YANG LAIN MEMBELA NASIB RAKYAT DAN MENGUBAH SISTEM PENTADBIRAN KEPADA SISTEM YANG LEBIH TELUS DAN ADIL.
KEMBALIKAN HAK JOHOR
KEPADA RAKYAT JOHOR
DON'T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED
PEOPLE POWER
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.