Pesawat C-130 milik TUDM membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, dari Sabah terus ke Subang..
hanya semata-mata Najib mahu mengaminkan doa untuk kedua-dua Allahyarham wira negara kita..
bukan untuk bacakan doa pun,tetapi hanya mengaminkan sahaja..
Keratan Kosmo |
Jenazah Ahmad Hurairah dan Ahmad Farhan terpaksa dihantar ke Subang terlebih dahulu hanya untuk Najib..
dan kemudian dibiarkan berada di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang itu selama 45 minit sebelum terbang semula menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kelantan bagi dikebumikan di kampung halaman mereka..
keratan Kosmo |
keratan Kosmo |
"Hendaklah kamu segera menguruskan jenazah,sekiranya jenazah itu terdiri daripada orang-orang yang baik,seolah-olah kita sebenarnya telah menyegerakannya ke arah kebaikan,jika sekiranya jenazah tersebut terdiri daripada orang yang kurang baik/jahat seolah-olah kita telah melepaskan tanggungan ke atas jenazah itu"..
Bayangkan dikala ibu bapa kedua-dua arwah menanti di kampung dengan perasaan yang amat sedih setelah menerima kematian anak-anak mereka..
mereka terpaksa menanti begitu lama untuk melihat jenazah anak-anak mereka hanya kerana seorang insan bernama Najib...
Apa lah salahnya sekiranya Najib benar-benar berhasrat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ahmad Hurairah dan Ahmad Farhan,dia yang datang ke Kelantan..?
Sudah tentulah jika yang demikian najib akan berpeluang mengucapkan takziah kepada ibu bapa kedua-dua arwah secara berdepan..
Kebiasaannya..
apabila berlaku kematian..
kita akan ke rumah si mati untuk memberikan ziarah sebagai penghormatan terakhir..
Tapi apabila ianya melibatkan insan yang bernama Najib,
jenazah terpaksa di datangkan kepada Najib supaya Najib dapat memberikan penghormatan terakhir..
Tak pernah terjadi dalam dunia Islam...
-lianglahad.blog
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.