`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 7, 2013

LURUS AKAL SULU JIKA LURUS EKOR ANJING?






Saudara Pengarang,

Di SEKOLAH inilah tempat kami mendidik anak-anak Sulu ini belajar membaca, menulis, mengira, memahami erti kehidupan, erti keamanan, erti perpaduan, erti persaudaraan sesama insan dan apatah lagi sebagai seagama ISLAM.

Tatkala anak-anak Sulu bergaduh, guru tolong amankan, mereka sakit guru tolong bawakan ke hospital, mereka luka guru tolong balut dan rawatkan, mereka menangis guru tolong pujuk dan berikan senyuman. Mereka lapar dan mau pengsan, guru tolong belikan sarapan dan makanan ke kantin walau mahal tidak pernah berkira.
Persoalannya kenapa sekarang ini wahai kaum Sulu, tergamak sungguh kamu penggal leher perwira yang isterinya seagama, sedarah dan sebangsa denganmu?

Wahai Sulu, tergamamnya kamu mengerat-ngerat mereka walhal isteri dan anak-anak mereka itu adalah guru kepada anak-anak kamu, wahai Sulu; tergamak kamu menembak anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sanak saudara, anak-anak dan kaum kerabat kamu tatkala kamu bermandi darah akan darah pahlawan yang kamu tumpahkan kini.

Wahai Sulu, hentikanlah amukan amarah kamu itu, kerana keberanian, kejagoan dan keperwiraan kamu itu sepatutnya disalurkan untuk menyerang seteru utama kamu di Filipina.

Jesteru kenapa gara-gara tanah sekengkang kera ini kamu menjadi pembunuh di mata Allah yang satu? Tidakkah kamu takut akan balasan Allah yang akan mengazabkan kamu di alam akhirat nanti?

Sulu oh Sulu! Jangan sampai peribahasa dulu-dulu menjadi simbol ke atas kamu (lurus sahaja akal orang Sulu, kalau ekor anjing itu menjadi lurus). Saya percaya kamu semua bukan begitu kerana saya sendiri ada sahabat Sulu yang sejati, menangis bersama ketawa bersama, cukup pemurah; baik hatinya dan luhur budi pekertinya.

Tolonglah hentikan kezaliman kamu. Kami warga Pendidik di sini sudah tidak sabar-sabar untuk menjalankan amanah yang tergalas di atas nama kami sebagai seorang GURU (MASTAL) untuk mendidik anak bangsa.

MAGSUKUL, ayau nahkam bihan bah brad mattuhnah kamu muih. Ayau nah kamu mag sabil biaaa ini sibbuh nah kita agam Islammmm ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

Salam Hormat,

GURU PEMBINA BANGSA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.