`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 11, 2013

SCCC SEMPORNA SUMBANG RM5K





CEK...Datuk Seri Shafie (dua kiri) diringi Dato Sri Nasir (kiri); Datuk Harman (dua kanan) dan DSP Mohd Firdaus F. Abdullah (tengah) menerima chek sumbangan Persatuan Peniaga-Peniaga Cina Semporna (SCCC) disampaikan Ho Kim Guan (tiga kanan) disaksikan Peter Gan (empat kanan) sempena majlis pedlancaran Tabung Wira Lahad Datu di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA:Tabung Wira Lahad Datu yang dilancarkan bagi menjaga kebajikan keluarga wira-wira Negara dalam insiden pencerobohan bersenjata dari Filipina terus mendapat sambutan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) serta persatuan perniagaan.

Terbaharu Persatuan Peniaga-Peniaga Cina Semporna (SCCC) turut menderma RM5,000 kepada tabung berkenaan yang disampaikan Ho Kim Guan selaku wakil Pengerusi SCCC, Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.
Majlis ringkas itu disaksikan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran; Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd.Firdaus F.Abdullah; Pengerusi Baitul Mal, Datuk Harman Mohammad; Pengurus Eksekutif Dragon Inn Floating Resort, Peter Gan dan AJK SCCC Yapp Chee Hee.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.