`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 22, 2013

SULUK IKRAR SOKONG KERAJAAN BN





IKRAR...Juslie mengetuai lebih 300 orang masyarakat tempatan berikrar menyokong kerajaan dan pucuk pimpinan BN Pusat dan Negeri.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Lebih 300 orang masyarakat keturunan Suluk tempatan Sandakan yang diketuai Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol telah berikrar sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah negara ini termasuk kepada pucuk pimpinan kerajaan pusat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan pucuk pimpinan negeri Datuk Seri Musa Hj Aman.

Masyarakat Suluk tempatan Sabah khususnya daerah Sandakan mengutuk sekeras-keras tindakan kaum Sulu Filipina yang menceroboh negara ini khususnya di Lahad Datu dan Semporna sehinggamengorbankan 10 orang anggota keselamatan kita.
Kata Juslie, ekoran tragedi di Lahad Datu perbuatan Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya adalah Sultan Sulu, maka sedikit sebanyak mencemarkan nama baik banga Suluk di negara ini; khususnya di Sabah kononnya semua pengganas tersebut adalah terdiri berbangsa Suluk.

“Bangsa Suluk yang dilahirkan di Sabah orangnya bersopan santun berbudi bahasa; sama ada dengan orang tua ataupun bangsa-bangsa lain dan jarang sekali membuat sebarang perkara yang melanggari undang-undang negara dan ramai bangsa Suluk yang menjadi pemimpin tinggi kerajaan sehingga ada yang menjadi menteri dan wakil rakyat,” tegas Juslie.

Kata Juslie, Bangsa Suluk memang mempunyai darah Satria, darah pahlawan. Contohnya seperti Mat Salleh kerana beliau adalah seorang pahlawan yang gagah dan harus menjadi satu kebanggaan kepada masyarakat Suluk; atas keberaniannya menentang penjajahan British. Walaupun beliau gugur tetapi niat dia baik untuk mempertahankan kedaulatan negeri Sabah pada masa itu disebut Koloni North Borneo.

“Bukan seperti Jamalul Kiram III yang bertindak kononnya mahu menuntut Sabah tetapi tidak mengikut lunas-lunas yang betul sehingga menceroboh dan mencetuskan kekecauan dan kecacauan di negeri ini,” Ujarnya.

Juslie menambah bukan semua bangsa Suluk dari Filipima yang ramai tinggal di negara ini menyokong perjuangan sia-sia Jamalul Kiram itu malahan; sebahagian dari mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana meneirma mereka tinggal di negara ini.

Mereka, kata Juslie mendapat kesenangan yang berlipat ganda di mana anak-anak mereka yang mendapat pendidikan tinggi sudahpun bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dengan memegang beberapa jawatan penting.

Sebagai menghargai dan mengenang jasa pengorbanan para perwira yang gugur di medan pertempuran mempertahankan kedaulatan negara dari terus dicabuli dan diceroboh oleh pengganas yang sedikitpun tidak ada rasa peri kemanusiaan; beliau telah menerima derma hasil kutipan daripada beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Libaran sebanyak RM1,500 untuk disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu.

“Kita sebagai insan yang penyayang, prihatin cintakan keamanan dan kemakmuran. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya para tentera dan polis yang kini sedang berada di perbatasan untukmenentang musuh-musuh durajana itu sentiasa dilindungi Allah dan semuanya keadaan selamat,” tambah Juslie.

Turut hadir pada majlis Sumpah Ikrar tersebut yang diadakan di Ballroom disebuah hotel terkemuka di sini ialah Timbalan OCPD Fadhil Mohd Ali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.