`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 22, 2013

DILEMA PERKAMPUNGAN AIR DI SABAH




Oleh : SITI SALASIAH BINTI SALAMUN

KEADAAN muka bumi di kebanyakan kawasan dan daerah di Sabah ini memungkinkan penduduk untuk membina rumah di atas air. Di kawasan Daerah Sandakan sendiri, perkampungan air semenangnya menjadi sebahagian daripada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Tambahan pula, kos di perkampungan air ini jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh penduduk berpendapatan rendah.
Rata-rata penduduk yang mendiami kawasan perkampungan air ini mempunyai dokumen dan kad pengenalan warganegara Malaysia. Di kawasan Batu Sapi Sandakan misalnya, kebanyakan penduduk yang tinggal menetap di perkampungan air yang ada di kawasan tersebut merupakan pengundi yang berdaftar.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamadpada 18 Mac yang lalu yang menyatakan bahawa ‘sudah tiba masanya untuk kerajaan kini menyediakan satu penempatan yang teratur dan selesa bagi rakyat Malaysia yang tinggal di perkampungan air di perairan Sabah’, merupakan satu kenyataan yang diambil berat dan serius oleh penduduk yang terlibat dan penduduk Sabah amnya.

Penduduk Sabah yang masih dibimbangi dengan keadaan keselamatan di Lahad Datu yang masih belum selesai, di tambah pula lagi dengan kenyataan seperti ini, ia menjadikan Sabah seakan-akan dianak tirikan. Selaku mantan Perdana Menteri, seharusnya beliaulah orang yang bertanggung jawab menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat di Sabah ini khususnya ketika mentadbir Negara satu ketika dulu.

Namun, merujuk kepada kenyataan rasmi beliau ketika dimintamengulas mengenai isu ini, beliau berkata, beliau tidak menghapuskan penempatan perkampungan air di perairan Sabah ketika menjadi Perdana Menteri dahulu kerana bimbang penduduk berkenaan akan memberontak.

Apa bezanya jika kenyataan seperti ini dikeluarkan ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak kini? Adakah jaminan bahawa, penduduk di kawasan perkampungan air ini tidak memberontak? Adakah mereka akan membiarkan sahaja perkampungan dan perumahan yang dibina dengan titik peluh sendiri dihapuskan tanpa jaminan yang kukuh dari pemerintah sedia ada?

Atau pun sememangnya mantan Perdana Menteri mahu ‘menyerahkan’ risiko ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak? Menurut kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, jaminan yang diberikan jika perumahan-perkampungan air ini dirobohkan adalah, ia akan digantikan denganpenempatan yang lebih teratur dan selesa sekaligus dapat membuat pengasingan kehidupan antara rakyat tempatan dengan pendatang asing tanpa izin.

Namun, realitinya tidak seindah rupa. Perkampungan air Kg BDC Sandakan yang terletak berhampiran Hospital Duchess Of Kent yang dahulunya didiami lebih dari 50 keluarga, telah ditimbus sekitar tahun 2000 dan dijanjikan ProjekPerumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada keluarga yang terlibat.

Namun, apa yang diperolehi, jauh panggang dari api. Masyarakat yang sudah merempat kerana ketiadaan rumah, dibiarkan mengemis pula di Pejabat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memohon rumah PPRT yang sangat terhad.

Hasilnya, PPRT Taman Mesra yang merupakan PPRT pertama di Sandakan, didiami kebanyakannya oleh bukanwarganegara. Pahit untuk diterima namun, inilah realiti yang harus ditelan oleh masyarakat Kg BDC.

Entah mahu mengadu di mana, kehidupan rakyat tidak di beladan dibiarkan mengatur kehidupan sendiri. Kezaliman yang berterusan apabila tiada sedikit pun bantuan perumahan diberikan.

Penduduk yang bukan warganegara diberikan keistimewaandan penduduk tempatan dibiarkan hidup dalam kesusahan.Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

PPRT Taman Mesra yang dibina juga seakan ibarat melepaskan batuk di tangga. Sistem pembentungan yang kecil dan tidak sistematik, jalan yang berlubang-lubang dan sistem perparitan yang tidak elok menjadikan tempat in isebagai tempat yang agak kotor.

Kerajaan BN Sabah hanya membetulkan keadaaninisetelah beberapa tahun ia dilaksanakan. Sempat lagi rakyat merasai keperitan dan kesengsaraan.

Adakah ini gambaran jaminan yang diberikan oleh TunDr Mahathir apabila beliau menyatakan mahu memindahkan penduduk yang tinggal di perkampungan air kepada suatu kehidupan yang lebih selesa dan teratur?

Yang pastinya, penduduk yang pernah terkena penangan janji manis kerajaan Barisan Nasional di Sandakan ini, khususnyapenduduk yang pernah mendiami Kg BDC Sandakan tidak akan pernah lagi mempercayai-cakap-cakap kosong seperti ini.

Perkampungan yang dibina di atas air sebenarnya boleh menjadi kawasan perumahan yang kemas, selesa dan selamat jika pada awalnya ia dirangka dan dirancang dengan baik.

Di Sandakan misalnya, Kampung Sim-Sim yang terletak di Batu 1 Sandakan merupakan perkampungan air yang agak terancang dan bersistem.

Perkampungan air ini juga sudah lama dibina dan bertapak di Sandakan. Jalanraya yang baik walaupun agak sempit, Nombor setiap jambatan yang terang dan jambatan yang baik merupakan antara faktor yang menjadikan perkampungan ini lebih baik dari perkampungan air yang lain di Sandakan.

Perumahan yang dibina juga hanya terletak di sebelah kanan setiap lorong. Maksudnya, ia lebih terancang dan tidak sesak. Jambatan yang dibina daripada simen juga menjadikan perkampungan ini lebih kemas dan selesa.

Tidak ada lagi isu jambatan roboh seperti di kawasan Batu Sapi misal nya. Isu keselamatan juga sepatutnya tidak timbul kerana pengawasan dari pihak berkuasa tempatan juga sentiasa dilakukan.

Memetik kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa langkah untu kmenyediakan penempatan kepada penduduk perkampungan air ini akan dapat mengasingkan kehidupan rakyat tempatan dengan pendatang tanpa izinmerupakan satu kenyataan yang menyokong tindakannya untuk membenarkan pendatang asing tanpa izin berlambak di Sabah.

Umum mengetahui bahawa pendatanga zing tanpa izin yang berada di Sabah ini sememangnya membawa pelbagai isu seperti isu keselamatan, isu budaya dan sosial, isu penyeludupan dadah dan rokok dan sebagainya yang tidak berkesudahan.

RCI ataupun Suruhanjaya Diraja yang kononya mahu ditubuhkan untuk menyelesaikan isu pendatang asing di Sabah tidak pun menampakkan hasil. Malah, kedatangan pendatang asing ini semakin galak dan memberansangkan.

Dalam situasi ini, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan. Perkampungan air atau punsistem dan polisi kerajaan sedia ada?

Seharusnya bukanlah kenyataan seperti ini yang dikeluarkan oleh seorang bekas Perdana Menteri. Ia sama sekali tidak membantu menjadikan keadaan dan situasi sekarang lebih baik.

Respon daripada masyarakat sekitar Batu Sapi yang mendiami kawasan perumahan atas air mengenai isu ini, mereka amat kecewa dan merasakan bahawa mereka seakan-akan tidak dihargai oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pastinya mereka membayangkan kehidupan yang jauh lebih sukar jika keadaan ini berlaku. Rumah yang dibina sejak berpuluh tahun hasil kerja keras membanting tulang empat keratakan musnah dalam sekelip mata. Entah di mana pula anak cucu akan merempat.

Oleh yang demikian, penulis menyeru supaya rakyat Sabah khususnya berfikir dan menilai sendiri dengan akal yang waras ke mana arah tuju kepimpinan BN di Sabah ini.

Berpuluh tahun BN memerintah Sabah dengan hasil kekayaan yang amat banyak, keadaan di Sabah masihsama seperti 20 tahun lalu. Masih ada lagi tempat yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan darat, masih lagi ada perkampungan yang tidak dibekalkan dengan air bersih dan pastinya setiap hari masih lagi berlaku bekalan elektrik terputus. Mandat yang diberikan oleh rakyat disia-siakan oleh pimpinan sedia ada.

Kebajikan rakyat tidak dibela. Keselamatan rakyat di pandang enteng. Bayu perubahan yang semakin dirasai seharusnya dimanfaatkan sebaiknya oleh rakya tuntuk menukar kerajaan sedia ada. Kita berikan kepercayaan kepada pimpinan yang jauh lebih baik dan adil.

Sudah-sudahlah digula-gulakan dengan janji kosong. Negeri yang dimenangioleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2008 lalu ditadbir dengan baik dan rakyat disantuni dengan sebaiknya. Rakyat Sabah seharusnya lebih terbuka dan menilai dengan baik. Jika mahukan keistimewaan dan hak diperolehi seperti sepatutnya, berilah mandat kepada pimpinan yang selayaknya. Ini kali lah!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.